Anak M. Nasir Mula Jadi Buah Mulut Ramai Tebar Roti Canai Demi Bantu Keluarga

” Ayah tak pernah paksa tebar roti canai”

Itu kata-kata Nor Aishah Mohd Nasir yang mencuri perhatian ramai melihat kebolehannya menebar roti canai yang sinonim dengan dilakukan orang lelaki itu.

Nor Aishah, 30, berkata dia tidak pernah malu menjadi penebar roti canai di kedai makan diusahakannya di persisiran Jalan Sultan Iskandar Shah, berdekatan Taman Mayang Sari di sini.

Menurutnya lagi, pekerjaan itu dilakukan untuk membantu suaminya, Radhi Ramli, 32, yang bekerja sebagai pemandu lori s4mpah bagi menyara keluarga.

Pemegang Diploma Sains Komputer dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang itu berkata, kemahiran menebar roti canai dipelajari secara pemerhatian daripada bapanya, Mohd Nasir Ein, 64, yang sudah sekian lama berkecimpung dalam perniagaan makanan itu.

Katanya, minat menceburi bidang perniagaan bermula setahun selepas menamatkan diploma pada 2013 iaitu ketika dia bekerja sebagai pembantu gerai di warung yang diusahakan bapanya itu sementara menunggu peluang kerja.

” Bapa tidak pernah memaksa saya untuk meneruskan legasi perniagaan roti canai. Bahkan teknik menebar roti canai juga saya pelajari melalui pemerhatian sewaktu bekerja di kedai makan bapa.

” Memang pada mulanya saya ingin mencari kerja yang bersesuaian dengan diploma diperoleh namun ditakdirkan, agak sukar mendapatkan pekerjaan dalam bidang itu.

” Sementara menunggu peluang kerja di waktu itu, saya bekerja dengan ayah sebelum mendirikan rumah tangga pada 2016.

” Selepas berkahwin, saya ambil keputusan untuk teruskan legasi perniagaan bapa dengan membuka kedai makan sendiri,” katanya ditemui di warungnya.

Anak keenam daripada 10 beradik itu berkata, kemahiran menebar roti canai turut dimiliki seorang adik perempuannya berusia 25 tahun selain dua kakaknya, masing-masing berusia 33 dan 35 tahun.

Katanya, adik serta seorang daripada kakaknya turut mengusahakan gerai roti canai di Kuala Kangsar.

Bapa mesra dipanggil M Nasir oleh penduduk

Menurutnya, bapa mereka lebih mesra disapa sebagai ‘M Nasir’ oleh kenalan dan penduduk setempat.

” Justeru, penduduk setempat menggelar kami tiga beradik ini sebagai ‘trio anak perempuan M Nasir’,” katanya.

Menurut Nor Aishah, dia tidak lagi berharap untuk beralih bidang dengan bekerja makan gaji sebaliknya mahu fokus untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

” Setiap hari, saya tidur jam 10 malam. Ia bagi membolehkan saya bangun awal dan bersiap bermula jam 3 pagi sebelum membuka gerai seawal jam 4.30 pagi. Roti canai biasanya habis dijual jam 10.30 pagi.

” Kebiasaannya, setiap hari, saya menjual tidak kurang daripada 350 roti canai. Alhamdulillah, selain dibantu empat pekerja, suami turut membantu mempersiapkan gerai sebelum dia memulakan tugasnya mengutip sampah jam 6.30 pagi,” katanya.

Menurut Nor Aishah, dia pernah disindir kerana melakukan pekerjaan itu walaupun memiliki diploma namun tidak kisah dengannya.

Sumber:hmetr0

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/02/anak-mula-m-nasir-jadi-buah-mulut-ramai-tebar-roti-canai-demi-bantu-keluarga/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Anak M. Nasir Mula Jadi Buah Mulut Ramai Tebar Roti Canai Demi Bantu Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*