“Berani Ke Nak S4ilang” – Tinggi, Tegap & Sado, Ramai Terkejut Penampilan Sebenar Suami Hannah Delisha

Pernikahan aktres Hannah Delisha yang diumumkan minggu lalu nampak gayanya telah mengejutkan ramai pihak khususnya kaum lelaki.

Ramai dikatakan telah ‘patah hati’ selepas Hannah memilih jejaka bernama Imam Shah yang juga seorang pelakon sebagai pasangan hidup.

Tidak cukup dengan itu, ada juga suara-suara ‘nakal’ netizen memerli Imam kerana kelihatan agak muda dan mempunyai wajah ‘baby face’.

Namun, semua tanggapan itu mungkin berakhir selepas netizen menemui akaun Instagram milik Hisham.

Menerusi beberapa posting di Instagram, ramai yang terkejut kerana Imam sebenarnya mempunyai tubvh badan fizikal yang agak besar.

Selain agak tinggi, badannya juga kelihatan tegap dan ‘sado’.

Malah, terdapat banyak video yang mempamerkan dia sedang mempelajari ilmu silat, tinju dan muay thai.

“Boleh tahan tinggi dia ni”

“Sado dan tinggi rupanya suami Hannah”

“Pergghh siap belajar silat,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu menerusi laporan Berita Harian SG, Imam menjelaskan dia lebih gemar menghabiskan waktu terluang dengan bersenam di gimnasium atau berehat di rumah.

Selain itu, Imam juga menyatakan dia seorang yang pemalu dan lebih suka merahsiakan kehidupan peribadinya kepada awam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by imam shah (@imamemy)

Untuk rekod, Hannah selamat bernikah dengan pilihan hatinya yang juga seorang pelakon, Imam Shah di Singapura hari ini.

Difahamkan, mereka telah menjalinkan hubungan sejak 5 tahun sebelum akhirnya sampai ke jenjang pelamin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://gempak.com/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Berani Ke Nak S4ilang” – Tinggi, Tegap & Sado, Ramai Terkejut Penampilan Sebenar Suami Hannah Delisha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*