Fazura Tak Boleh Nak Tinggalkan Anak Lama, Sampai Ini Yang Berlaku Padanya

Aktres jelita, Nur Fazura akui berasa berat untuk meninggalkan anaknya, Nur Fatima Aisya meskipun hanya untuk beberapa jam di rumah.

Menurut Fazura, dia sememangnya seorang wanita yang suka bekerja kerana lakonan adalah bidang yang sangat dicintai. Namun perasaan berat meninggalkan anak itu muncul sejak bergelar ibu.

Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

“Saya selalu ditanya sama ada rindu untuk berada di set, jawapannya sentiasa ya, kerana orang yang kenal saya, mereka tahu betapa saya suka bekerja dan menjadi seorang pelakon adalah minat nombor satu saya.

“Tetapi sekarang saya bergelar ibu, rasa berat nak tinggalkan anak berjam-jam sehari,” tulisnya.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin ini juga meminta nasihat dan pandangan daripada ibu-ibu yang rajin bekerja di luar sana.

“Macam mana saya nak atasi perkara ini? Perlukan nasihat daripada ibu-ibu yang rajin bekerja di luar sana,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Fazura termasuk beberapa rakan industri memberikan sokongan terhadapnya.

Penyanyi Liza Hanim juga tidak ketinggalan berkongsi tips, menurutnya, Fazura sedang mengalami perasaan takvt untuk berpisah atau

Separat1on Anx1ety dan perkara itu pernah dialami Liza yang mempunyai lima orang cahaya mata.

 

Imbas kembali, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Pasangan popular ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/fazura-rasa-berat-tinggal-anak-berjamjam-di-rumah-47174

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Fazura Tak Boleh Nak Tinggalkan Anak Lama, Sampai Ini Yang Berlaku Padanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*