Setahun nikah, masih tak ‘disentuh’. Aku hilang arah sebab masih d4ra selepas kahwin

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Fifi, berusia 29 tahun dan dah berkahwin 6 tahun. Aku tidak tahu bagaimana nak mulakan cerita ni.

Sebelum berkahwin, aku dan suami (aku gelarkan Shahrill) bercinta 5 tahun. Sebelum bertunang, Shahrill k.ant0i ada perempuan lain selepas kerap kali outstation. Aku memutuskan hubungan dan menukar nombor telefon.

Tapi Shahrill berusaha untuk pujuk aku kembali, Shahrill mencari aku di tempat kerja dan berjanji untuk berubah. Aku meletakkan syarat supaya kami bertunang dan bernikah dalam masa terdekat.

Shahrill menunaikan janji meminangku dan bernikah selepas 2 bulan bertunang. 5 hari sebelum bernikah, Shahrill meluahkan rasa dia berubah hati dan tak dapat lupakan perempuan tu dan bercadang membatalkan pernikahan kami.

Aku ambil pendekatan untuk tetap tenang dan mencadangkan supaya kami bernikah dan bercerrai selepas itu kerana memikirkan persiapan semua 99% dah selesai dan juga memikirkan keadaan mak aku yang tengah s.akit selepas dis.erang str.0ke akibat drah tinggi. Shahrill bersetuju.

Seminggu selepas nikah aku meluahkan hal pencerraian tetapi Shahrill bersungguh sungguh memujuk aku supaya lupakan untuk bercerrai kerana dia dah pilih aku untuk jadikan isteri.

Dipendekkan cerita, setahun lebih bernikah aku masih d.ara. Rupa rupanya Shahrill tak sentuh aku sebagai bukti kepada perempuan tu yang Shahrill masih sayangkan dia. Perempuan tu tahu kami sudah berkahwin dan Shahrill membuktikan dia terp.aksa kahwin dengan aku dengan tidak menyentuh aku.

Selepas k.ant0i perkara tu, aku jadi hilang arah. Aku s.akitkan diri aku, aku pkul diri aku. Aku ambil c.uti seminggu dengan men.ipu boss aku keg.uguran.

Shahrill bawak aku bercuti dan dalam keadaan p.aksa Shahrill ‘mergol’ aku. Kenapa aku cakap mergol? Sebab tanpa kerelaan hati aku yang tawar selepas tau dia tak sentuh aku sebab masih nak kan perempuan tu. Aku ‘dirgol’ sambil aku menangis.

Selepas tu, setahun boleh kira dengan jari berapa kali Shahrill menyentuh aku. Setahun selepas kejadian tersebut (fasa bahagia aku), Shahrill k.ant0i lagi dengan perempuan lain. Kali ni aku t.angkap dia berwhatsapp lvcah, mereka berkongsi gambar lvcah masing2.

Aku larikan diri dan bermalam di hotel 3 hari. Tapi masih berhubung dengan Shahrill. Aku mintak izin untuk menenangkan diri. Dan ianya berakhir apabila aku menyuruh Shahrill call perempuan tu depan aku. Mengaku dia beristeri dan stop berhubung. Selesai bab tu.

Next, juga setahun aku baru nak bahagia dan pulih dari kemurungan dan anxiety attck, Shahrill perlu ke outstation luar negeri selama 3 minggu. Masa tu aku Ok dan biarkan dia pergi tanpa langsung rasa syak wasangka kerana dia dah berubah dan menjalankan tanggungjawab batin dia seperti biasa. Ada jugak hari yang Shahrill booking flight untuk aku ke tempat dia outstation.

Ceritanya bermula selepas dia balik dri outstation, seminggu selepas tu dia outstation semula di tempat yang sama.

Sehari sebelum dia pergi, aku meminjam telefon Shahrill sebab nak call mak aku (handphone aku pakai kredit, Shahrill guna bill). Tergerak hati aku nak bukak whatsapp Shahrill.

Rupanya naluri aku betul, Shahrill k.ant0i bercinta dengan staff hotel yang dia menginap masa dia outstation dulu. Dan mereka dah pernah keluar sekali. Outstation kali ke2 mereka dah rancang untuk jumpa lagi tapi ka.nt0i dengan aku.

Aku meng.amuk, s.akitkan diri. Aku suruh dia lepaskan aku. Aku dah tak t.ahan di.anaiya. Sedangkan semua tanggungjwab aku laksanakan. Dari makan, pakai, tempat tidur, nafkah batin semua aku tunaikan.

Hari tu Shahrill menangis tengok aku meng.amuk dan suruh dia lepaskan aku. Shahrill bersungguh sungguh menangis dan p.eluk c.ium kaki aku.

On the spot aku suruh Shahrill call perempuan tu untuk berterus terang dia dah kawin. Shahrill buat apa yang aku suruh. Kemurungan aku datang semula. Malah makin teruk hari2 aku menangis, tak dapat tidur dan kurang selera makan.

Aku ingatkan pend.eritaan aku sampai di situ, rupanya tak. Senangnya Shahrill berlakon dengan airmata buat aku percayakan dia.

2 minggu selepas tu, Shahrill perlu outstation (tentang outstation dia betul, cuma dia akan pergi awal untuk jumpa perempuan tu). Naluri aku kuat untuk h.ack whatsapp Shahrill tanpa pengetahuan dia.

Pagi tu sebelum bertolak kami sempat berp.elukan dan aku menangis dipelukan dia sambil bercakap aku tak kuat jangan k.hianati aku lagi. Dia mengiyakan dan berlalu pergi.

Sungguh gerak hati aku tepat, aku check whatsapp Shahrill yang aku hack. Ya allah, Shahrill dalam perjalanan jumpa perempuan tu. Mereke berwhatsapp plan keluar ke mana.

Entah apa yang merasuki aku, aku pecahkan almari, tingkap rumah semua. Aku ambil kaca dan t.0reh tangan dan leher aku. Drah memercik 1 bilik. Aku ambil gambar dan hantar ke Shahrill dengan mesej,

“Allah nak tunjuk sekejap je, ni yang kau pilih. Terima kasih sangat sangat”. Beserta gambar screensh0t whatsapp mereka. Aku terus hidupkan enjin kereta untuk ke hospital. Shahrill berulang kali whatsapp dan call aku. Aku diam tanpa kata.

Sampai dihospital aku dimasukkan ke zon kuning, masa tu aku diam seribu bahasa. Selepas doktor datang untuk cek aku dan bertanya apa yang terjadi. Aku terus menangis sekuat hati aku. Aku meluahkan apa yang berlaku.

Selepas sejam lebih di hospital, Shahrill sampai memeluk aku dan meminta maaf. (Aku tak pasti macamana dia tahu aku kat situ) Aku masih diam tanpa berkata apa2.

Selepas ra.watan selesai aku terus di rujuk ke Klinik Pskiatri hospital tersebut. Suami aku juga diberi kaunseling (atas permintaan aku) tetapi berasingan. Aku diberi ubat pskiatri 2 jenis dan dibenarkan pulang. Shahrill ambil cuti 2 minggu menjaga aku.

Sebulan telah berlalu, aku masih kemurungan dan perlu makan ubat. Shahrill hari2 akan mintak maaf dan pe.luk c.ium aku. Aku masih tak “move on”. Hampir setiap hari aku dis.erang anxiety attck, berpeluh, jantung berdegup laju, tangan kaki menggigil dan terasa lemah.

Hari2 aku hanya terbaring kaku tanpa buat apa2. Seminggu pertama selepas kejadian, aku tak dapat menguruskan diri aku dengan sempurna.

Aku masih menangis hari2 mengenangkan apa salah aku. Kenapa aku diperlakukan begini. Kenapa dia tak lepaskan aku kalau dia tak suka pada aku. Kenapa perlu simpan aku sedangkan dia seringkali currang dengan aku.

Aku bukan seperti aku yang dulu. Aku seorang yang happy go lucky, di sekolah aku lah ketua pengawas, ketua kawad. Di kampung ,aku terkenal sebab sikap ramah dan baik aku dengan semua orang. Saudara mara aku kenal aku dengan sikap periang, dan bila aku tak balik kampung mereka akan call cakap tanpa aku tak meriah rumah.

Pernah 1 hari aku tersentak dengan soalan pakcik aku. Dia datang ke rumah terus ke dapur tempat aku berada, dia bercakap,

“Ada masalah apa2 ke Fifi? Kenapa muka Fifi lain. Pakcik pelik kalau Fifi balik tapi rumah sunyi. Dulu pakcik sampai kt luar pun dah dengar suara Fifi dari dalam. Fifi sihat ke?”.

Allah, tersentak aku. Pakcik aku pun sedar ‘kehilangan’ diri aku yang sebenar.

Ibu, ayah, adik2, pakcik2 , makcik2. Maafkan Fifi. Fifi dah tak macam dulu. Fifi s.akit, Fifi perlu makan ubat. Fifi t.akut jumpa orang, berat Fifi dah turun 7 kilo, Fifi terperap dirumah hari2. Fifi menangis. Fifi sayang Shahrill. Kalau Shahrill tak sayang Fifi, Fifi rela diceraikan.

Fifi tak mintak semua ni. Fifi tak kuat. Macam mana Fifi nak mintak tolong sedangkan sekelumit kuman pun Fifi tak pernah share apa2 masalah Fifi dengan orang. Fifi tanggung semuanya sendiri. Fifi tak nak menyusahkan semua. Fifi yang pilih Shahrill. Allah pilih Fifi untuk lalui semua ni.

Doakan Fifi dari jauh. Doakan semangat Fifi pulih. Doakan Shahrill berubah ke arah lebih baik. Sebab Fifi dah tak kuat, Fifi sekarang seperti tebing sungai yang menanti masa untuk runtuh dan hanyut.

Fifi t.akut. Fifi t.akut kesabaran Fifi diuji lagi. Fifi takut Fifi mengakhirkan n.yawa Fifi ditangan sendiri. Tolong Fifi. Fifi tak larat. Fifi tak kuat.

Kepada perempuan diluar sana, aku tak salahkan korang kalau korang bercinta tanpa tahu laki tu suami orang. Tapi bila korang tau tapi masih meneruskan hubungan, korang memang nak menjatuhkan kaum korang sendiri.

Mintak semangat semua. Saya dalam fasa kemurungan yang teruk, perlu ambil u.bat dan jumpa doktor. Saya bukan diri saya sekarang.

Dengarlah luahakan aku Ya Allah insan teraniaya. Aku lemah.

Reaksi warganet

Rabiatul Adawiyah –Kalau bertahan itu menyakitkan mungkin melepaskan itu melegakan. Bahagialah untuk diri sendiri dik bukan untuk orang lain. Semoga Allah mudahkan segalanya.

Hanarsha Firdaus –Buat report polis atas dakwaan mental abvse. Dapatkan surat pakar pskiatri. Balik kampung, just inform Shahrill, sekadar syarat minta izin. Minta ahli keluarga halang di dari berjumpa Fifi.

Fifi, saya rasa awak sangat mudah kesian. Orang yang mudah kesian ni perlukan benteng manusia untuk protect dia. Ahli keluarga awaklah benteng tu.

Deede Nas –Confessor,u kahwin bukan jadi hamba kepada seorang lelaki. Menyakiti diri sendiri, u kahwin bukan bazirkan air mata untuk lelaki yang tidak setia. Kalau suami tidak setia, tidak memahami isteri, baik cerrai.

Kita tidak tau samada suami ni makan di luar ka tidak, lama sangat outstation tu. Takut dapat penyakit dari suami tu. Nauzubillah min zalik.

Cahaya Aisyah –Kesianya, fikirla yang terbaik untuk diri sis. Percerraian tak semestinya tak boleh bahagia.

Apa guna perkahwinan jika hati tak bahagia. Jika hati menderita makan hati dengan sikap suami. Kena faham matlamat hidup kita. Dunia hanya sementara. Berbaloi ker menyakitkan diri untuk lelaki cmtue. Cinta manusia adalah sementara. Cinta hakiki adalah menuju ke akhirat sana.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber – Fifi Natasha (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Setahun nikah, masih tak ‘disentuh’. Aku hilang arah sebab masih d4ra selepas kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*