Fizo Omar nak kahwin lain? Silakan Tapi… Ini Pesanan Mawar Buat Ramai Terkejvt

PERKONGSIAN pertanyaan netizen di Instastory bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu usahawan Mawar Abdul Karim menarik perhatian.

Menerusi ruangan Ask Me Question di Instastory Mawar menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bekas suami berkahwin buat kali kedua.

“Cikyam (Maryam) mar4h daddy dia kahwin lain. Kak Mawar pula?” tanya individu tersebut.

Mawar berkongsi pertanyaan dan jawapannya di Instastory.

Menjawab pertanyaan tersebut, usahawan berusia 32 tahun itu berkata dia pasti berasa gembira sekiranya Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar bertemu jodoh baharu.

Akui serba kekurangan, Mawar mendoakan agar bekas suaminya itu bertemu dengan jodoh yang sesuai serta sempurna selain berharap apa yang terjadi antara mereka sebelum ini tidak diungkit semula.

“Untuk Maryam, kak Mawar tak pernah tanya sebab dia belum faham. Bagi kak Mawar pula, tak marah sebab kalau bapa Maryam nak kahwin… lagi gembira dan cepat-cepat kahwin lagi bagus.

 

Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang.

MAWAR ABDUL KARIM

USAHAWAN

“Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna. Kak Mawar tak sempurna serba kekurangan, kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua.

“Bagi kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu dikenang. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas, biar orang nilai diri kita sendiri,” katanya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Mawar tinggalkan pesanan untuk wanita yang bakal menjadi ibu baharu kepada anaknya.

Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar pada 10 Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Dalam pada itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.

“Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat kak Mawar. Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang.

“Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Fizo Omar nak kahwin lain? Silakan Tapi… Ini Pesanan Mawar Buat Ramai Terkejvt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*