Akhirnya Noor Nabila Bersuara Tentang Hubungan Dengan Engku Emran

Kuala Lumpur: “Buat masa sekarang tidak ada apa yang saya nak komen,” demikian kata Noor Nabila mengenai dakwaan dia sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Nabila yang juga kakak kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan mengesahkan berita itu yang tul4r di media sosial sejak hari ini.

Khabar angin percintaan mereka mula tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan Engku Emran yang juga bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila, baru-baru ini.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah terbabit berakhir.

Sebelum ini, hubungan pasangan itu turut menjadi tumpuan netizen apabila gambar mereka berbasikal bersama rakan lain dimuat naik di Instagram milik rakan-rakan mereka.

Tinjauan di Instagram Nabila juga mendapati dia pengikut Engku Imran di media sosial sama. Bagaimanapun, Engku Emran tidak mengikuti Nabila di Instagram.

Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, namun bercer4i Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelvt rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.

Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, hasil perkahwinan dengan Erra mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Akhirnya Noor Nabila Bersuara Tentang Hubungan Dengan Engku Emran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*