Rakaman Pencari Lokan Trkedu Bila Jutawan Terkenal Datang Beli Naik Helikopter, Siap Mndarat Dpn Rumah

Menangis terharu seorang lelaki pencari lokan dikenali sebagai Wea Selamos apabila seorang jutawan v1ral dikenali sebagai Azlan Al Amin datang menaiki helikopter bagi berjumpa dengannya.

Difahamkan Azlan yang juga jutawan hartanah datang bertemu Wea Selamos yang tinggal di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan bagi membeli lokan.

Rakaman vdeo yang tular di Facebook itu turut memaparkan helikopter milik Azlan mendarat di kampung tersebut berhampiran tebing sungai.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Wea Selamos yang juga aktif berniaga secara live atas talian berkongsi cerita sebenar apa yang berlaku.

” Assalamualaikum sahabat saya semua, saya nak luah sikit beberapa perkara mngenai isu jutawan mahu datang beli lokan dengan saya naik helikopter.

” Bagi saya semua ni tak pelik pun sebab saya memang pencari lokan sejak dulu sampai sekarang PKP disebabkan pandemik covid tahun 2020 hinggalah tahun 2021 saya duk wat live dalam sungai cari lokan.

” Sejak beberapa minggu lalu ketika saya live ada satu komen timbul dalam live saya yang menulis “Salam Wea saya punya bos nak datang beli lokan naik helikopter”

” Pada masa tu saya ingatkan account fake sengaja nak pr0vok atau nak panas line , apabila disemak profil fb itu adalah akaun asli dan dia ialah staff kepada Azlan Al Amin.

” Ketika itu saya terfikir, “Kenapa dia nak beli lokan dengan aku naik helikopter sedangkan ramai lagi orang lain jual lokan lokan?

” Pasa masa tu macam-macam bermain di fikiran saya sebab saya tak kenal diapa Azlan Al Amin. Tiba la pada satu hari saya sedang live, staff dia tag nama Azlan Al Amin dalam live saya,

” Kemudian muncul komen daripada tuan punya akaun Azlan Al Amin Sendiri, masa tu saya rasa benda ni k4rut dan tak masuk akal.

” Selepas saya baca komen-komen dalam live ramai yang mengatakan Azlan Al Amin ini adalah seorang jutawan yang memiliki helikopter sendiri malah dia juga pernah mengambil Halim Yazid (penyanyi dikir barat popular di Kelantan) menggunakan helikopter.

” Pada masa tu saya rasa benda ni bukan gurauan sebab Azlan Al Amin ada dalam live saya.

” Saya beranikan diri ajak dia video call (VC) untuk pengesahan bahawasanya benda ni bukan gurauan atau cakap kosong.

” Selepas saya ajak Azlan Al Amin VC dalam live, dia jawab VC saya dan saya tengok memang betul muka dia ni serupa dengan orang yang ambil Halim Yazid dengan helikopter baru-baru ini.

” Waktu tengah VC dengan Azlan Al Amin dalam live, saya agak terkejut baca komen warganet dalam page yang mengenali beliau, ada yang kata dia jutawan. Ada juga yang cakap dia dulu seorang yang susah kerja kutip sampah dan kini bergelar jadi jutawan hartanah.” tulis Wea Selamos.

Menurut Wea Selamos lagi, Azlan kemudian mengesahkan dia mahu datang membeli lokan dengannya dengan menaiki helikopter.

Terkejut dengan jawapan Azlan, Wea Selamos menjelaskan dia awalnya tidak menaruh harapan dengan kata-kata Azlan tersebut sewaktu live tersebut.

Sehinggalah dia menerima pesanan menerusi aplikasi Whatsapp daripada Azlan yang mengulangi mahu datang dengan helikopter.

” Kalau betul dia nak datang biarlah, saya tidak berharap apa-apa. Saya tetap mencari lokan untuknya. Kalau dia tak datang dan sekadar bergurau pun takpe saya redha,” tulis Wea Selamos lagi.

Bagaimanapun siapa sangka Azlan membuat kejutan apabila betul-betul datang dan ketika itu Wea Selamos sedang berada di atas sampan ketika dia baru selesai mencari lokan.

Difahamkan kedatangan Azlan bukan sekadar membeli lokan, tetapi turut membawa Wea Selamos naik helikopter miliknya.

Malah tujuan sebenar Azlan juga dikatakan kerana mahu mendamaikan Wea Selamos dengan Pian Kpop yang sebelum itu bertel.agah di media sosial.

Sumber:fb Wea Selamos dan Azlan Al Amin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber:https://www.asiakini.com/2021/03/05/beli-lokan-naik-heli/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rakaman Pencari Lokan Trkedu Bila Jutawan Terkenal Datang Beli Naik Helikopter, Siap Mndarat Dpn Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*