Siapa tak kenal dengan figura pelakon yang sentiasa menjadi perhatian orang ramai apabila mereka beraksi di layar kaca televisyen, Aamyra Rosli dan Puteri Sarah Liyana.
Kedua-dua pelakon ini kita sudah mengetahui mereka sememangnya cantik tapi apa yang menarik perhatian warganet apabila mereka bergambar berdua, seperti kembar!
Lihatlah posting yang dimuat naik oleh isteri kepada pengarah hebat tanah air, Syamsul Yusof, Sarah menerusi akaun Instagram miliknya semalam.
Mungkin pada awalnya, mereka tidak perasan dengan muka iras mereka kerana kapsyen yang Sarah tulis tentang persamanaan tanggungjawab mereka menjadi seorang ibu sebelum sampai ke set penggambaran.
Apabila menjengah ruangan komen posting tersebut, rata-rata warga net menegur muka mereka seakan sama seperti adik-beradik kembar.
Sama cantik, sama-sama berbakat! Tak sabar nak tengok dua wanita cantik beraksi dalam drama. Mesti meletup!
Sumber: instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: KOOLFM
Be the first to comment on "Puteri Sarah Kongsi Foto Bersama Aamyra Rosli, Sekali Benda Lain Yg Netizen Perasan"