[VIDEO] Risteena dapat wang hantaran RM32,000, Isa Khan tunai permintaan ikut angka umur – “I request!”

PASANGAN selebriti Isa Khan dan isterinya Nur Risteena gembira apabila dapat mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka walaupun dengan jumlah kehadiran tetamu yang terhad.

Ujar Risteena atau nama sebenar Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, berkat kesabaran mereka menunda majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada tahun lalu, dia dan Isa akhirnya dapat meraikan momen bahagia itu bersama keluarga.

“Ikutkan nak kahwin tahun lalu tapi PKP pula. Memang waktu itu boleh nikah di pejabat agama tapi kami sudah mempunyai perancangan. Isa pun memang nak halalkan saya secepat mungkin.

“Alhamdulillah… dapat juga kami share dalam majlis yang sederhana macam malam ini.

“Ikutkan nak akad nikah dekat masjid saja tapi kebetulan kerajaan umum dah boleh buat majlis… memang rezeki kami, ” ujarnya kepada mStar.

Isa dan Risteena ditemui ketika majlis resepsi yang diadakan bersama rakan media dan keluarga terdekat di Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada malam, Jumaat.

Terdahulu Risteen dan Isa atau nama penuh, Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 28, dinikahkan di Masjid Tunku Sultan Mizan Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi Jumaat.

Risteena menerima wang hantaran berjumlah RM32,000 sebagai simbolik usianya pada tahun ini.

Kakak kepada pelakon Ruhainies ini menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, selain menerima mas kahwin sebanyak RM1,000.

“Jumlah wang hantaran itu merupakan simbolik usia Risteena pada tahun ini iaitu 32 tahun. Wang hantaran itu merupakan atas permintaan dia juga, ” kata Isa.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MSTAR

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Risteena dapat wang hantaran RM32,000, Isa Khan tunai permintaan ikut angka umur – “I request!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*