Pereka fesyen, Shanell Harun merakam kenangan bersama rakan artis, Zizi Kirana yang merupakan antara selebriti paling awal mengenakan persalinan rekaannya sejak 10 tahun lalu.
Shanell menjelaskan, penyanyi asal Sabah itu tidak pernah berubah sejak hari pertama mereka saling berkerjasama.
View this post on Instagram
“Kesayangan Sia @zizi_kirana. Tahun ke sepuluh bekerjasama dgn Zi. Dari hari pertama kenal sampai sekarang, orgnya masih sama. Sikit tak berubah.
“Kami sama-sama tgk perjalanan karier masing2. Nell dari duduk rumah flet blakang UiTM, Zi selalu akan mai fitting. Masa tu fitting room pun takda. Salin baju dlm bilik housemate Nell,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Malah menerusi pautan foto mereka, Shanell turut berkongsi cerita mengenai kisah impian Zizi yang mahu menyarung baju rekaannya andai berpeluang bertanding di Anugerah Juara Lagu.
“Zi antara salah sorang yg percaya dan masih setia dgn jenama @shanellharun. Dulu2 kita selalu berangan kan @zizi_kirana?
“Zi cakap kalau aku dapat masuk AJL Nell, Aku nak Nell buat baju aku. Aku taknak org lain!”
“Sapa sangka, selepas 10 tahun kita sama sama dlm industri, dr zaman Nell student dulu sampai sekarang kita masih bersama.
“Dan tahun ni, @zizi_kirana berjaya menempatkan diri di medan Juara Lagu, dan memberi penghormatan utk Nell mencipta busana yg bakal digayakan di pentas AJL.
“Sebak sat. Finally we’ve made it. Siapa sangka angan angan kami menjadi kenyataan. Kalau dah namanya rezeki, memang tak kemana kan? All the best @zizi_kirana! Im so proud of you,” titipnya.
Menerusi AJL35 yang bersiaran secara langsung di TV3 jam 9.00 malam nanti, Zizi membuat persembahan menerusi lagu Eh (hasil ciptaan Zizi Kirana, Navigator & Mambang) bersaing bersama 11 buah lagu lainnya.
Foto: Instagram Shanell Harun, Zizi Kirana
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mediahiburan.my/
Be the first to comment on "“Kalau Masuk AJL, Aku Nak Nell Buat Baju, Tak Nak Orang Lain!,”"