Pasangan Instafamous Malaysia-Korea, Ryzal dan Maryam Younarae sering mendapat perhatian netizen menerusi keletah dan gur4uan bersahaja mereka di media sosial.
Ramai yang terhibur dengan cara hidup mereka apabila dua budaya bertembung namun ada juga yang kurang selesa.
View this post on Instagram
Tampil menjawab komen-komen nak4l netizen menerusi segmen Lancaang Bethol, kata Maryam, dia mengakui dirinya masih lagi belajar menjadi Islam yang sempurna sama seperti proses berhijab.
“Ramai orang tanya mengenai hijab saya, sekejap pakai sekejap buka. Tapi semua tahu saya mualaf, saya tak biasa pakai tudung.
“Memang ia wajib dalam Islam, saya tahu tetapi saya perlu belajar tentang Islam bukan hanya dengan bertudung, saya perlu mengubah semua benda dalam hidup saya.
“Misalnya, sebagai orang Korea, kami sentiasa makan daging kh*nzir. Semua makanan Korea ada daging kh*nzir tapi saya perlu berhenti dan tak boleh makan daging kh*nzir lagi.
View this post on Instagram
“Ibaratnya setiap hari kamu makan ayam, tiba-tiba kamu sudah tak boleh makan ayam lagi. Macam mana? Sangat susah. Biarkan saya belajar satu persatu. Manusia tidak sempurna,” kata Maryam.
Bagi suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim pula, dia tidak mem4ksa Maryam untuk berubah 360 darjah hanya kerana mengahwininya.
“Saya tak kisah dia nak pakai atau tidak sebab saya tak suka mem4ksa. Itu bukan saya dan dia takkan kahwin dengan saya.”Sebab bila mualaf bila nak tekankan dia, kita tak boleh p4ksa,” kata Ryzal.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber : GempaK
Be the first to comment on "“Sebagai Orang Korea, Kami Sentiasa Makan Daging Kh*nzir” – Maryam"