“Nak pakai niqab, adabnya kena jaga sungguh2”

Belum reda tentang perkhabaran gembira perkahwinan kakak selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila yang selamat bergelar isteri kepada Engku Emran, kini timbul satu lagi kontroversi kurang ‘enak’ mengaitkan usahawan produk Naelofar tersebut.

Semalam, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu ada memuat naik beberapa keping gambar sewaktu majlis perkahwinan kakaknya menerusi laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, salah satu gambar telah mencuri tumpuan netizen di mana ia memaparkan Neelofa duduk di tengah diapit kakak dan abang iparnya sewaktu mengambil gambar ‘wefie’.

Perkara tersebut menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen tambahan lagi apabila Neelofa membawa imej Islamik dan berpurdah.

Duduk di antara abang ipar dan kakak..

Teguran batas pergaulan

Justeru itu, seorang penulis yang dikenali sebagai Dr. Syahr Musafir tampil membuat teguran terhadap selebriti berusia 31 tahun itu menerusi sebuah ‘posting’ di Facebook.

“Saya sangat berharap si adik ipar perempuan memahami abang iparnya yang merupakan suami kepada kakaknya adalah kekal bukan mahram baginya, kena jaga aur4t, jaga batas pergaulan.
“Tetapi kali ini melihat gambar artis berpurdah bernama Noor Neelofa bergambar di tengah antara kakaknya dan suami kakaknya, saya rasa seseorang perlu menegvr. Tak boleh. Itu sal4h.
“Sepatutnya nak bergambar begitu, perlulah susunannya (dari kiri) Engku Emran, Noor Nabila dan (paling kanan) Noor Neelofa. Barulah elok, tepat dan terjaga, dijauhkan fitn4h,” tulisnya.

Dalam pada itu, lelaki terbabit turut menjelaskan tujuannya menulis tentang isu tersebut adalah agar ia tidak dijadikan sebagai ‘trend’ atau satu budaya atas alasan mengikut perbuatan seorang selebriti.

Nak pakai niqab, adabnya kena jaga sungguh2

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat lelaki berkenaan dan menasihati Neelofa serta selebriti lain agar menjaga batas sebagai bukan m4hram.

Mustahil Neelofa tak tahu perkara tak dibenarkan Islam

Setuju pandangan Dr Syahr

Pakaian sekadar fesyen kot

Sumber: Facebook Dr Syahr Musafir 

Sumber:http://trendingkini.pw/nak-pakai-niqab-adabnya-kena-jaga-sungguh2/

Apa komen anda?