Sweet! Lamar atas ‘hot air balloon’. 10 fakta menarik pasangan pengantin baharu ini

PERKAHWINAN bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada pagi Jumaat menjadi perhatian netizen selain mendapat liputan meluas media.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat pasangan ini yang sebelum ini pernah gag4l dalam dua perkahwinan terdahulu.

Pasangan ini telah selamat dinik4hkan kira-kira pukul 10 pagi Jumaat di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 30 ahli keluarga terdekat.

10 fakta menarik mengenai Noor Nabila dan Engku Emran.

1. Pasangan ini mula rapat pada Ogos tahun lalu setelah menyertai aktiviti berbasikal yang turut disertai oleh lingkungan rakan-rakan yang sama.

2. Dari situ, mereka mulai rapat dengan menyertai k0nvoi berbasikal selain turut menyertai kelas usrah bersama-sama.

3. Engku Emran sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular, Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercer4i pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Pasangan ini bergambar bersama anak-anak mereka, Engku Aleesya dan Jebat Jayden Ahmad.

4. Lelaki berusia 46 tahun itu kemudiannya dipertemukan jodoh dengan bintang terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella. Mereka berkahwin pada 9 September 2017 namun bercerai pada Julai tahun lalu.

5. Sementara itu, Noor Nabila, 37, yang merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan popular, Neelofa pernah berkahwin dengan aktor Sharnaaz Ahmad namun jodoh tidak panjang apabila bercer4i pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad yan kini berusia dua tahun setengah.

6. Menariknya, Engku Emran telah membuat kejutan mel4mar kekasihnya itu di atas belon udara panas beberapa minggu sebelum mereka diijabkabulkan.

7. Kejvtan itu dirancang Engku Emran bersama adik Nabila, Athisha Khan. Ketika menaiki hot air balloon, Engku Emran melamar Nabila dengan menunjukkan ayat ‘nikoh jom’ selain memberikan sebentuk cincin buat wanita kesayangannya itu.

Gambar selfie yang dimuat naik Engku Emran di Instagramnya beberapa jam selepas mereka sah bergelar suami isteri.

8. Selepas dil4mar, pasangan itu termasuk rakan-rakan dan adik-beradik Nabila kemudiannya dihiburkan dengan alunan lagu romantis daripada penyanyi Ferhad yang dibawakan khas oleh Engku Emran.

9. Selepas sah diijabkabulkan, Engku Emran memuat naik gambar pertama mereka bersama di laman Instagramnya beserta kapsyen, ‘lets do this my love’ yang memaparkan mereka dalam persalinan sukan berbasikal.

10. Tahniah diucapkan buat pasangan Engku Emran dan Nabila, lepas ini kita tunggu pula giliran Neelofa naik pelamin!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MSTAR

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sweet! Lamar atas ‘hot air balloon’. 10 fakta menarik pasangan pengantin baharu ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*