Setelah Berdiam Diri, Akhirnya Bekas Isteri Engku Emran Bersuara!! Ini Respon Erra Fazira Selepas Engku Emran Bernikah Dengan Kakak Neelofa,Noor Nabila

KUALA LUMPUR: Artis terkenal, Erra Fazira menitipkan doa semoga bahtera rumah tangga yang dibina bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan Noor Nabila Mohd Noor akan berkekalan hingga ke syurga.

Kata pelakon dan penyanyi masyhur itu, harapannya juga pasangan pengantin baharu itu akan mengecapi kebahagiaan z.ahir dan b.atin di dunia dan a.khirat.

“Tahniah buat pengantin baharu. Doa saya semoga (perkahwinan) mereka kekal hingga ke jannah dan berbahagia zahir batin di dunia dan akhirat,” kata Erra ketika dihubungi.

Engku Emran, 46, menamatkan zaman duda buat kali kedua dengan menikahi Noor Nabila, 36, yang juga kakak kepada usahawan dan s.elebriti m.asyhur, Neelofa pada pagi Jumaat.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Engku Emran dan kedua buat Noor Nabila.

Engku Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun, menoktahkan pernikahan mereka pada 18 Februari 2014.

Personaliti media itu kemudian bertemu jodoh dengan pelakon ternama Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017.

Bagaimanapun, pada 1 Julai 2020, Laudya mengumumkan pernikahannya dengan Engku Emran sudah berakhir.

Manakala, Noor Nabila pula pernah bernikah dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada Julai 2020 selepas hampir setahun berhadapan k.risis rumah tangga.

Noor Nabila dan Sharnaaz dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun.

Kredit : AstroAwani

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://printlyrics.net/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Setelah Berdiam Diri, Akhirnya Bekas Isteri Engku Emran Bersuara!! Ini Respon Erra Fazira Selepas Engku Emran Bernikah Dengan Kakak Neelofa,Noor Nabila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*