Biodata Siew Jim, Kini Bergelar Suami Elizabeth Tan. Ternyata Profil Dia Bukan Calang-Calang

” Ramai jejaka Melayu patah hati baca berita ni, baru jer Hannah Delisha kahwin, hari ini Lizzy plak”

Itu antara reaksi lucu ditinggalkan warganet sebaik tul4r berita perkahwinan pelakon dan penyanyi popular, Elizabeth Tan.

Terdahulu Elizabeth Tan akhirnya meleraikan spekulasi berhubung status perkahwinannya selepas mengaku telah berkahwin dengan seorang jejaka dikenali sebagai Siew Jim berusia 30 tahun semalam.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 28, turut memohon maaf apabila berita tersebut tular sebelum sempat mengeluarkan kenyataan rasmi sendiri.

” Saya memang rancang nak umum kepada semua apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan hal perkahwinan kerana merasakan ini adalah isu kecil sahaja.

” Mengenai gambar dan video yang tersebar menyatakan saya sudah berkahwin adalah benar.

” Majlis semalam (Sabtu) adalah bersifat intimate (peribadi) dan kecil sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya menerusi satu kenyataan ringkas kepada media.

Tambah pelantun lagu Knock-Knock dan Semua Sudah itu, dia berpendapat perkahwinan merupakan satu perkara yang berbentuk peribadi.

” Sekali lagi, saya minta maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga lain, media dan rakan-rakan terdekat.

” Bagi saya, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa pun. Saya masih orang yang sama. Saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan ini,” tambahnya.

Difahamkan, majlis perkahwinan tersebut diadakan di sebuah gereja di Gombak, Selangor dan dihadiri seramai 10 orang ahli keluarga terdekat.

Sejak pagi tadi, spekulasi perkahwinan pelakon filem Misteri Dilaila itu tiba-tiba tercetus berikutan tular beberapa keping foto majlis perkahwinannya dalam laman sosial.

Lebih menguatkan keyakinan khalayak, beberapa keping foto majlis perkahwinan selebriti itu dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Facebook bernama David Tan Suan Chew yang difahamkan bapa kepada Elizabeth Tan.

Januari lalu, Lizzy turut menjadi perhatian apabila tular fotonya lengkap dengan gaun putih dan didakwa sudah bernikah. Namun, foto tersebut merupakan babak dalam video klip lagu terbaharunya, Beku gandingan bersama Hazama.

Siapa suami Lizzy?

Sementara itu, berdasarkan semakan di internet atau di mana-mana laman sosial, tidak dikongsikan info lengkap berkenaan identiti suami Elizabeth Tan, Siew Jim.

Bagaimanapun, menerusi beberapa carian dan komen individu yang mengaku sebagai kawan kepada Siew Jim, suami Lizzy bukan calang-calang juga.

Berdasarkan laporan K0smo, Siew Jim merupakan seorang ahli perniagaan.

Manakala berdasarkan info dari laman web Linkedin, Siew Jim atau nama sebenarnya Siew Jim Ding adalah seorang doktor perubatan di International Medical University (IMU) di Bukit Jalil.

Malah menerusi komen di Mforum, seorang individu mendedahkan Siew Jim adalah bekas rakan sekelasnya dan pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Sarawak.

” Dah 2 years i rasa dorang kenal… even kt fb Lizzy pun tak private. Nampak selalu tag2 Jim nie.. i rasa dorang start kenal masa Jim dekat GH (general hospital) sarawak..” tulis Ophillea.

” Tahniah lizzy, semoga berbahagia dgn Dr. Siew Jim Ding..” tulis seorang lagi di ruangan Mforum.

Dalam pada itu, menerusi info di Linkedin juga mengatakan Siew Jim adalah seorang pengurus di sebuah syarikat swasta.

Latar belakang pendidikan pula, beliau berkelulusan Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS).

Sumber:k0smo, mforum dan linkedin (https://www.linkedin.com/in/siew-jim-ding-443a85127)

via limauais

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Biodata Siew Jim, Kini Bergelar Suami Elizabeth Tan. Ternyata Profil Dia Bukan Calang-Calang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*