Ditudvh Rentas Negeri Berbulan Madu, Ini Reaksi Padu Risteena Dan Isa Khan

Semenjak 19 Mac lalu, sedikit kec0h di media sosial selepas pasangan suami isteri bergelar Instafamous dikatakan telah merentas negeri untuk berbulan madu.

Tetapi hasil s1asatan pihak polis mendapati mereka berdua telah memalsukan alasan merentas negeri yang kononnya dikatakan atas alasan kerja.

Disebabkan perkara itu, ramai warganet berasa kesal dengan sikap sesetengah influencer atau selebriti yang menyal4hgunakan kelulusan merentas negeri mereka untuk urusan lain.

Namun sekali lagi menjadi persoalan warganet apabila pasangan pengantin baharu iaitu Nur Risteena dan Isa Khan dikatakan telah merentas negeri sehingga ke Semporna, Sabah.

Dalam masa yang sama banyak portal hiburan turut ada menulis tentang ‘kisah bulan madu’ mereka sehingga perkara itu mendapat perhatian pasangan tersebut sendiri.

Risteena dengan pantas menafikan dakwaan mereka merentas negeri atas tujuan berbulan madu tetapi sebaliknya untuk urusan kerja semata-mata.

Beliau turut ada memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya memberitahu tujuan sebenar mengapa mereka berada di Sabah.

Ramai warganet turut menasihatinya agar tidak memuat naik foto mesranya bersama dengan suami sepanjang berada di sana kerana khuatir akan membuatkan banyak pihak salah faham.

Takkan lah nak post gambar dengan suami pun tak boleh kan?

Apa pun diharapkan urusan kerja Risteena dan Isa berjalan dengan sempurna.

Sumber foto: Instagram Nur Risteena

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HOTFM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ditudvh Rentas Negeri Berbulan Madu, Ini Reaksi Padu Risteena Dan Isa Khan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*