Persiapan Perkahwinan Hampir Siap, Uqasha & Kamal Adli Bakal Adakan Tiga Majlis Resepsi

Pasangan selebriti, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, mendedahkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka.

Bagaimanapun, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen masih merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan namun menyatakan majlis itu akan diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi.

“Kami akan adakan tiga majlis iaitu satu untuk keluarga dan rakan-rakan rapat memandangkan lokasi yang kami pilih itu kehadiran tetamu adalah terhad kepada 350 orang sahaja.

“Untuk majlis kedua, kami akan jemput rakan-rakan artis serta pihak media. Bagi acara ketiga, kami akan undang peminat Uqasha dan Kamal untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by K.A (@kamaladli)

“Setakat ini, alhamdulillah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan dan kami mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua,” kata Uqasha kepada kepada Gempak.

Uqasha dan Kamal ditemui usai siaran langsung untuk program MeleTOP di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by K.A (@kamaladli)

Sementara itu, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli akui berasa teruja akan bergelar seorang suami tidak lama lagi.

Malah katanya, dia menyerahkan sepenuhnya kepada kakak kepada aktres Nelydia untuk membuat pilihan bagi merealisasikan dream wedding yang diinginkan.

“Saya teruja dan dalam masa yang sama kena belajar (tanggungjawab seorang suami).

“Uqasha ada dream wedding dia sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan semua pilihan yang dia buat.

“Apabila majlis dah nak dekat nanti kami akan beritahu bila tarikhnya dan tema majlis semua.

“Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik. Moga ketika itu SOP dah longgar sikit untuk kita semua merentas negeri,” katanya.

Sebelum ini, Uqasha telah dilamar oleh Kamal pada malam Anugerah MeleTOP Era (AME2020).

Spekulasi hubungan mereka hangat diperkatakan selepas keduanya sering digandingkan bersama dalam drama termasuklah Perempuan Tanpa D0sa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Persiapan Perkahwinan Hampir Siap, Uqasha & Kamal Adli Bakal Adakan Tiga Majlis Resepsi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*