PELAKON Nasha Aziz reda sekiranya dia ditakdirkan untuk hidup membujang hingga ke akhir hayatnya.
Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 49, berkata, dia menganggap tanggungjawab untuk menjaga dua ibunya adalah lebih besar berbanding soal jodoh.
Siapa tak kenal dengan si jelita Nasha Aziz kan? Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz dulu dikenali dengan badan tinggi lampai, wajah yang cantik dan dilengkapi pula dengan bakat lakonannya.
Belum ada teman hidup…
Dek kerana kejelitaannya itu, ramai melekat di depan TV kalau ada drama atau filem lakonan Nasha ditayangkan. Sampaikan ramai macam tak sabar nak tahu siapa yang berjaya tambat hati dan mengahwini Nasha Aziz.
Namun, sehingga ke hari ini di usia 51 tahun Nasha masih membujang. Malah menurut mStar, Nasha sendiri akui reda jika ditakdirkan hidup membujang hingga ke akhir hayatnya.
Umur 51 tahun masih bujang, rupanya…
Nasha akhirnya membuka mulut dan memberitahu dia membujang sehingga kini kerana menjaga kedua ibunya yang sudah tua. Padanya, tanggungjawab itu lebih besar daripada soal jodoh dan dia serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa.
Soal jodoh saya serahkan jiwa dan raga kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Pada masa yang sama, kenapa saya masih belum menjumpai sesiapa sebagai jodoh adalah kerana saya mempunyai dua ibu yang single sekarang.”
Bapa saya pula dua-dua dah tiada. Jadi anak yang tinggal adalah saya. Sayalah menjadi tempat untuk mereka berborak atau meluah perasaan.”
Pernah ada plan nak kahwin
Nasha kini menjaga ibu kandung yang dipanggil mummy serta ibu angkat (ibu saudara yang menjaganya) yang dipanggil ibu.
Sebelum ini Nasha pernah ada perancangan untuk berkahwin namun tidak kesampaian dan dia menganggap ianya sebagai peluang untuk dia membalas jasa kedua ibunya.
Memang ada saja kita bercadang-cadang tetapi kalau bukan izin Allah, kita takkan dapat juga. Mungkin ini sesuai dengan perjalanan hidup saya.”
Kalau saya ada suami, mesti saya kena tinggalkan ibu-ibu saya. Mereka dalam keadaan uzur, sensitif dan perlukan perhatian.”
Paling penting, jaga ‘syurga’. Serahkan jodoh pada Allah…
Padanya ianya bukanlah masalah besar memandangkan dia mempunyai ramai anak buah yang dah dianggap seperti anaknya sendiri.
Menurut Nasha lagi, dia serahkan jiwa dan raganya kepada Allah untuk menentukan jodohnya kelak. Apa yang penting buat masa ini adalah dia menjaga dua syurganya itu.
Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?”
Saya andaikan jodoh saya adalah untuk bersama dengan ibu. Ia anugerah terindah buat saya.”
Nasha Aziz, 44 pelakon tinggi lampai.. Siapa yang tidak kenal bukan? Sememangnya sentiasa kelihatan cantik dan anggun. Cuma kini wajah Nasha hebat diperkatakan, adakah melakukan sesuatu pada mukanya atau sekadar solekan sahaja? Kalau dulu, kecantikan Nasha nampak natural namun kini macam dah berubah, pada ketika usianya semakin meningkat.
Dulu & Sekarang, Biodata ringkas:
Noraishah Abdul Aziz atau lebih terkenal sebagai Nasha Aziz (dilahirkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 14 Mei 1971) adalah seorang model dan pelakon Malaysia. Nasha Aziz memulakan kerjaya dalam bidang permodelan sejak 1989, dia mula diperkenalkan ke dalam dunia modeling oleh Tiara Jacquelina.
Nasha terus mengembangkan nama sebagai model terkenal tanahair hingga ditawarkan kontrak modeling di New York, Amerika Syarikat. Namun, kerana keterbatasan agama dan budaya, Nasha memilih untuk menetap di Malaysia dan meneruskan bidang modeling selain menceburi bidang lakonan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Be the first to comment on "“Mulia Sungguh Hatinya” Nasha Aziz Dedah Punca Sebenar Membujang Di Usia 51 Tahun"