Pelakon Ikmal d4kwa percutian di Langkawi tak l4nggar SOP. Tapi ada perkara buat dia menyes4l

Pelakon Ikmal Amry berjanji untuk lebih sensitif kepada situasi semasa sebelum berkongsi sesuatu selepas imej berbulan madu di Pulau Langkawi dikongsikan mengundang tanda-tanya ramai.

Ikmal berkata, dia memohon maaf seandainya perkongsian dimuat naik memaparkan sisi kebahagiaan dia bersama isteri, Najla Shamsul menyebabkan ramai tidak berpuas hati.

“Am (Amry) nak cakap sikit pasal tengah tular rentas negeri.

“Pertama sekali nak minta maaf jika posting saya menggur1s hati netizen,” katanya.

Ikmal mend4kwa tindakan bercuti itu tidak mel4nggar mana-mana prosedur operasi standard (SOP) kerana dia bertolak dari Negeri Sembilan – yang juga dikenakan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) – sama seperti status Pulau Langkawi.

“Am bercuti tidak mel4nggar SOP sebab dari negeri Sembilan dan dah duduk sini.

“Negeri ni berstatus PKPP, begitu juga Pulak Langkawi,” katanya.

D4kwa pelakon Inai Yang Hilang itu, perjalanan mereka juga dibuat menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan kerajaan, dan ia memenuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa.

“Am ikut agensi bukan kenderaan sendiri. Cuma am buat posting tidak sesuai dengan keadaan pandemik sekarang,” katanya.

BOLEH MELANCONG DALAM NEGERI TAPI KENA GUNA AGENSI PELANCONGAN BERDAFTAR

Terdahulu Kerajaan hari ini mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain.

Kebenaran pergerakan itu tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan berdaftar, merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat jawatankuasa teknikal meluluskan cadangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai Gelembung Pelancongan Bersasar, bagi membantu memulihkan kembali ekonomi pelancongan.

“Selepas mengambil kira penilaian risik0 dan data daripada agensi-agensi berkaitan serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP lain.

“Namun mereka perlu menggunakan perkhidmatan syarikat berdaftar dan pergerakan menggunakan kenderaan persendirian tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media harian COV!D-10 hari ini.

Ismail Sabri berkata, syarikat agensi pelancongan perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pergerakan rentas negeri.

“Perjalanan mestilah terus ke negeri PKPP dan tidak dibenarkan berhenti di mana-mana negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), manakala tempat penginapan sudah ditetapkan dan aktiviti pelancongan juga perlu ditetapkan lebih awal,” katanya.

Ismail Sabri berkata, Gelembung Pelancongan Bersasar juga memberikan kebenaran melancong ke Pulau Langkawi yang ditukarkan status kepada PKPP meskipun negeri Kedah masih dilaksanakan PKPB.

Katanya, pulau berkenaan dalam zon hijau, selepas k3s pos1tif COV!D-19 terakhir yang dikesan pada 20 Februari lalu dengan dua k3s pos1tif.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pelakon Ikmal d4kwa percutian di Langkawi tak l4nggar SOP. Tapi ada perkara buat dia menyes4l"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*