JOHOR BAHRU – Kerajaan akan meminta Kementerian Kes1hatan (KKM) membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat persiapan dan mengurangkan kes3sakan pembelian tiket pengangkutan awam.
“Perkara ini di bawah KKM dan mereka yang akan membuat penilaian r1siko,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Minum Petang bersama warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram di sini hari ini.
Beliau menjangkakan pengumuman itu akan dapat dibuat pada awal bulan puasa nanti.
“Kerajaan akan umum sama ada boleh atau tidak dalam waktu terdekat, kita pun tidak hendak g4nggu orang balik kampung, hendak beli tiket kapal terbang atau bas.
Pada majlis itu, beliau mengumumkan kerajaan memperuntuk kira-kira RM 1.34 j.uta bagi tujuan menaik taraf pembangunan dan kemudahan asas di Pulada termasuk membaik pulih masjid, pagar serta penginapan.
“Saya akan minta KKM supaya buat pengumuman lebih awal boleh atau tidak. Maka rakyat boleh bersedia. Bulan puasa saya akan beritahu kepada Ketua Pengarah KKM tampil dengan pengumuman, cadangan. Ini dibawah KKM sebab mereka yang buat penilaian,” katanya.
Jelas Ismail Sabri lagi, kerajaan tidak mahu kewujudan 31 kl.uster balik kampung berulang apabila rentas negeri dibuka seperti tahun lalu.
Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu kerajaan akan meneliti kebenaran untuk merentas negeri dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Namun perkara itu akan diputuskan sebaik sahaja semua data berkaitan dianalisis oleh Kementerian Kes1hatan dan Majlis Kes.elamatan Negara (MKN).
Lupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung jika jumlah kes masih tinggi.
Balik kampung kalau C0v1d-19 bawah 100 k3s
SAUDARA PENGARANG,
TIDAK lama lagi, kita akan memasuki bulan Ramadan. Sudah berbunyi di sana sini masing-masing mahu ambil berkat tarawih dan pulang ke kampung halaman.
Rata-rata mahu melayan emosi rindu, sedih dan sebagainya. Hati sudah mula meronta-ronta men4ngis hendak balik ke desa tempat dilahirkan.
Sebagai rakyat yang waras dan tidak bersandarkan em0si, apa yang paling utama bagi kita sekarang?
Adakah kesih4tan diri dan ny4wa atau makan ketupat dan rendang di kampung halaman? Virvs C0v1d-19 tetap bahaya walau ketika musim raya atau bulan puasa.
Penyak1t ini lebih mudah berj4ngkit dan lebih berb4haya berbanding inflvenza lain dan pesak1t yang telah pulih masih menanggung kesan seperti sak1t dada dan terpaksa mengambil ub4t secara berterusan.
Kita boleh balik kampung tetapi mulai sekarang, semua mesti guna formula yang diberi oleh pakar-pakar kawalan penyak1t berjangk1t untuk mengh4lang v1rus itu menjangk1ti kita.
Formula sebenarnya sudah ada dalam tangan masing-masing. Kalau masih ingin hendak balik kampung semasa hari raya nanti, kena tunggu kes turun dan mendatar. Sebaiknya k3s harian di bawah 100, bukannya di bawah 1,000 kes sehari.
Untuk menurunkan kes ini, semua pihak kena berperanan.Jaga kebersi.han diri, pakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal, jangan bersent.uhan dan bermacam lagi.
Kita masih ada masa untuk mengamalkan bersama-sama nasihat saintifik ini sekali gus menurunkan jumlah kes harian.
Apabila kes mula menurun dan mendatar, maka bolehlah para pemimpin politik dan pakar kesihatan cadangkan untuk aktiviti balik kampung dan rentas negeri.
DR. MUHAMMAD KELANTANI
Bandar Baru Bangi, Selangor
Sumber:Astro Sinar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://www.dnq.pw/2021/04/11/ini-kenyataan-terbaru-dari-menteri-ismail-sabri-untuk-rentas-negeri-aidilfltri/
Be the first to comment on "Ini Kenyataan Terbaru Dari Menteri Ismail Sabri Untuk Rentas Negeri Aidilfltri"