Beria Nak Minum! Sekali Lelaki Ini Terkejut Sesuatu Yang Pelik Pada Air Cincau Hitam Tersebut

Antara perkara yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam semasa bulan Ramadan adalah bazar Ramadan. Di sini, pelbagai juadah dan minuman boleh didapati seperti air tebu, aneka ikan bakar, tepung pelita dan macam-macam lagi.

Di Indonesia, seorang lelaki ada berkongsikan kisah uniknya selepas membeli air cincau hitam. Menurut Khoirul Anam, dia membeli juadah air ini untuk diminum selepas solat Terawih.

Seperti kebiasaan, air yang dibeli dalam plastik akan dituang ke dalam bekas air atau cawan supaya lebih mudah diminum. Namun, Khoirul terkejvt apabila terdapat sesuatu yang pelik terhadap air cincau hitam yang dibelinya.

Cincau yang kelihatan besar dan enak dalam plastik tersebut rupa-rupanya hanyalah contengan daripada ‘marker pen’!

Khoirul turut berkongsikan beberapa gambar plastik yang diconteng itu. Jika dilihat sekali imbas, memang kelihatan seperti plastik telah diisi dengan cincau.

Hantaran ini tul4r dan mendapat lebih daripada 2,000 perkongsian di laman Facebook. Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur dengan ‘nasib mal4ng’ pemuda ini.

Hati-hati semasa membeli juadah berbuka puasa!

Kredit: Khairul Anam

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : LOBAKMERAH

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Beria Nak Minum! Sekali Lelaki Ini Terkejut Sesuatu Yang Pelik Pada Air Cincau Hitam Tersebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*