“Drama yg mer0sakkan pemikiran” Lama Tak Muncul, Ini Keadaan Terkini Datuk Rahim Razali

Segak berkemeja biru yang dipadankan dengan celana denim r0na sama, aura bintang veteran, Datuk Rah1m Razali pada usia 82 tahun, masih terserlah.

Ditemui di kediamannya di Subang Jaya, Petaling Jaya, kelmarin, sosok anak seni kelahiran Batu Gaj4h, Perak ini masih tegap dan sihat.

Menghuni teres dua tingkat bersama isteri tercinta, Datin Salmiah Abd Mukmin, 78, dan seorang cucu, Rahim bersyukur kesihatannya masih memvaskan.

“Alhamdulillah, pada usia begini, tahap kesihatan saya masih lagi ‘A’. Adalah sikit dar4h t1nggi, tetapi semuanya dalam keadaan terkawal dengan pengambilan ubat-ubatan yang perlu setiap hari,” katanya yang memiliki tiga anak dan tujuh cucu.

Tiada petua tertentu diamalkan, mungkin berkat pengambilan ulam-ulaman setiap hari sejak usia muda memberi 1mpak positif kepada kesihatannya.

Kredit foto: Berita Harian

“Saya sering mengamalkan ulam-ulaman seperti jering, pucvk ub1 dan macam-macam lagi yang menjadi satu kegemaran.

“Sampai sekarang saya masih lagi suka makan ulam. Saya akan berusaha mencarinya, ulam jadi menu wajib ada setiap hari. Saya tidak pernah bertanya kepada doktor dan tidak tahu kajian saint1fik mengenai kebaikan ulam.

“Mungkin kebetulan nas1b saya baik, tetapi, makanan Barat juga bukanlah as1ng kerana pernah menetap di Australia selama lima tahun,” katanya yang melanjvtkan pengajian dalam bidang bidang perakaunan di Universiti Melbourne.

Rahim yang mula berg1at aktif dalam bidang lakonan sejak 1960, belum mahu meletakkan tit1k noktah kepada dunia lakonan.

Cintanya pada bidang lakonan masih menebal. Malah, beliau baru selesai menjalani penggambaran drama mini berjudul Azan Rumah Abah arahan Uchee Fukada yang bakal disiarkan akhir Ramadan ini.

Namun, pada usia begini, biarpun kesihatan masih baik dan mampu bergerak seperti biasa, dirinya sedar, tiba masanya, rent4k perlu diperlahankan. Rah1m mahu meluangkan lebih banyak masa dengan bersantai dan berehat.

Sejak usia muda, Rah1m tidak betah duduk diam. Selain bergelar pelakon, Rah1m menjadi pengulas sukan, mengarah dan menerbit filem, drama, teater serta menulis skrip. Justeru pada usia emas ini, Rahim mahu menghabiskan sak1 bak1 hidup dengan banyak berehat.

“Tawaran lakonan masih ada. Tetapi saya akur, pada usia begini, tawaran yang diterima tidaklah sebanyak dulu. Saya pun tak mahu banyak-banyak. Sebaliknya, saya lebih senang meluangkan masa dengan berehat dan bersenang-senang.

“Jika tidak bekerja, saya biasanya mengisi masa lapang dengan membaca. Sejak dahulu lagi saya suka membaca. Bahan bacaan saya tidak terhad kepada satu medium sahaja.

“Saya gemar membaca novel dan majalah. Tabiat itu berterusan sehingga kini. Novel yang menjadi pilihan saya kebanyakannya daripada Barat, tetapi ada juga novel tempatan dibaca.

“Subjek yang dibaca bermacam-macam terutama politik, kenegaraan dan penyiasatan,” katanya yang memastikan masanya sentiasa terisi dengan perkara berfaedah.

Selain membaca, bekas pelajar Sekolah Menengah Anderson, Ipoh ini juga mengisi masa lapang dengan menulis. Rah1m sedang menyiapkan aut0biografi dirinya yang sudah dua tahun diusahakannya.

Selain itu, Rahim gemar berkebun. Tidak hairanlah, laman di tepi rumahnya dipenuhi pohon merimbun.

“Kalau tidak bekerja, nanti 0tak akan menjadi mal4s dan badan akan r0sak. Segala-galanya bermula dari kepala. Jadi, kalau 0tak tidak sihat, seluruh badan juga tidak sihat.

“Sebab itu, saya sentiasa memastikan otak aktif dengan membaca, menulis dan melakukan kerja-kerja berkebun

“Anak-anak pun tidak menghalang apa yang ingin saya lakukan. Mereka tahu jika saya tidak aktif, saya akan sak1t,” katanya yang pernah menghasilkan karya hebat seperti Abang, Tsu Fei Sofia dan banyak lagi.

Selama berada dalam industri, Rahim sudah menerbitkan lebih 50 drama yang disiarkan RTM, mengarahkan lapan drama lain dan berlakon lebih 15 filem.

Biarpun dirinya dikenali sebagai pelakon dan sutradara hebat, namun, tiada dalam kalangan war1snya yang menunjukkan minat bergelar pelakon.

Anak sulungnya, Rizal, kini menetap bersama isteri yang juga pendidik bersama anak-anak mereka di Kuantan, Pahang.

Anak kedua, Nadiah terbabit dalam bidang perhubungan awam dan pengiklanan manakala anak bongsu, Kartina bekerja dengan firma guaman.

Sama juga cucu seramai tujuh orang, tiada seorang pun yang berminat untuk mengikut jejak langkahnya menjadi pelakon.

Hanya seorang cucu yang menuntut dalam bidang grafik di di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berminat dalam bidang pembikinan video.

Menurut Rahim, dia tidak pernah menghalang cucu daripada menceburi bidang seni. Namun, andai ada yang berminat untuk serius, beliau menggal4kkan mereka menambah ilmu sebelum melangkah ke bidang seni.

Berkongsi pandangan mengenai industri seni filem dan TV ketika ini, Rahim menasihatkan pelapis baharu agar memantapkan diri dengan ilmu, bukannya bersandarkan populariti, kecantikan dan seks1 semata-mata.

“Apabila ingin masuk ke bidang ini, pastikan siapkan diri dengan ilmu. Jangan membvta tuli masuk tanpa bekalan. Walaupun bergelar pelakon, kena ada ilmu dan perlu ada imaginasi yang terdidik dan teratur.

“Pergilah ke kelas atau kursus bersesuaian. Sekarang ramai yang menawarkan kelas lakonan dan kurus. Jangan ingat berlakon tidak perlu ada ilmu dan hanya mengharapkan kepada faktor cantik dan popular sahaja,” katanya.

Ditanya siapa pelakon pelapis yang berpotensi melangkah lebih jauh, Rahim yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-2 mengaku tidak begitu mengenali pelakon generasi baharu.

Apatah lagi, Rahim semakin jarang menonton TV. Tambahnya, kebanyakan drama TV semakin ‘mengarut’ lantas membuatkan dirinya hilang minat untuk menonton TV.

“Saya masih menonton sikit-sikit drama TV. Tetapi, apa yang saya lihat, drama kita sekarang semakin mengarut temanya. Banyak plot yang tidak menentu, kadang kala langsung tidak masuk logik akal.

“Ada yang sengaja ‘over’ dan tampak palsu demi menimbulkan kemar4han penonton. Mereka beri alasan terpaksa berbuat demikian kerana memenuhi kehendak stesen TV. Tetapi, bagi saya, ia adalah kombinasi kedua-duanya.

“Stesen TV memang mahu begitu dan penulis pula ingin menjual karya mereka,” katanya.

Rahim berkata, sesebuah karya sepatutnya perlu ikut logik dan sifat kemanusiaan yang sebenar.

“Kita sepatutnya tunjukkan kepada masyarakat perkara yang boleh membantu untuk mengubah pemikiran mereka.

“Pengaruh drama dan masyarakat sangat kuat. Jika kita terus-menerus menghidangkan drama yang boleh mer0sakkan pemikiran penonton, 1mpak dan efeknya tidak bagus.

“Lama-kelamaan kita boleh membuatkan penonton menjadi kurang bijak,” katanya yang dikunjungi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Zakaria Abdul Hamid sempena program FINAS Prihatin di kediamannya, baru-baru ini.

Pernah menjadi pengulas Sukan Olimpik yang disiarkan RTM sebanyak lima kali dan Bola Sepak Piala Dunia sebanyak enam kali.

Antara filem dihasilkan Abang (1981); Pemburu (1982); Matinya Seorang Patriot (1984); Tsu Feh Sofiah (1985); Puteri (1987); Anak Sarawak (1989); Rentak Desa (1990) dan Abang 1992 (1993).

 

Sumber:cari

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:KLMENJERIT

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Drama yg mer0sakkan pemikiran” Lama Tak Muncul, Ini Keadaan Terkini Datuk Rahim Razali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*