Penyanyi Lejen, Nash Sertai Tabligh Tapi Dia Luah Rasa Tidak Selesa Bila Gambar Dia Tersebar. Rupanya Ini Sebabnya

Penyanyi Datuk Nash tidak selesa apabila fotonya bersama jemaah tabligh tersebar menerusi media sosial hingga mencetvskan pelbagai spekvlasi kurang enak dalam kalangan netizen, baru-baru ini.

Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias berkata, penyertaan dalam kumpulan tabligh bukanlah perkara baharu, malah dirinya mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mendedahkannya kepada masyarakat.

Datuk Nash mempunyai alasan tersendiri tidak mendedahkan penyertaannya dalam kumpulan tabligh sejak beberapa tahun lalu. – NSTP/Fariz Iswadi Ismail

“Bagi saya, tidak perlulah tular foto berkenaan kerana saya sudah lama menyertai kumpulan tabligh sekitar empat hingga lima tahun lalu. Lagipun, saya tidak mahu cerita ini disebarkan kerana enggan menimbulkan rasa ujub atau riak dalam diri disebabkan berasakan diri lebih baik dari orang lain apabila kisah ini disensasikan.

“Perkara seperti ini tidak perlulah publisiti ataupun diperbesar-besarkan. Ia juga bukan sesuatu yang baharu kerana kebanyakan lagu yang saya nyanyikan berunsurkan ketuhanan seperti Ku Dihalaman Rindu, Seruan dan banyak lagi ketika masih bersama kumpulan Lefthanded lagi,” katanya kepada BH Online.

Datuk Nash mahu berdakwah sambil berhibur, jadi tiada kesalahan masih meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian. – NSTP/Fariz Iswadi Ismail

Nash ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu berjudul Sesuci Ramadhan, di sebuah hotel, di sini, semalam.

Walaupun semakin aktif dalam kegiatan keagamaan, namun, bekas vokalis kumpulan Lefthanded itu berkata, ia bukanlah penghalang untuknya meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

“Perubahan ini bukanlah satu penghijrahan atau berkait dengannya, tetapi ia adalah satu tanggungjawab sebagai umat Islam. Tidak salah kita meneruskan kerjaya dalam bidang muzik, asalkan ia tidak memberi kemudaratan kepada peminat.

“Saya masih boleh berdakwah sambil menghibur,” jelas penyanyi berusia 61 tahun ini.

Mengulas kemunculan single Sesuci Ramadan, penyanyi yang popular dengan lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu berkata, niatnya hanyalah untuk memeriahkan sambutan Ramadan.

“Lagipun, kita tidak ada banyak karya berkonsepkan Ramadan. Sepatutnya, single ini dibuat sebulan sebelum bulan puasa, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ia lewat dirakamkan.

“Justeru, saya perlu menggunakan tempoh sebulan ini untuk mempromosikan single Sesuci Ramadan. Saya juga berharap single ini mampu menjadi malar segar dan terus diputarkan pada tahun akan datang,” ujar Nash optimis.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Penyanyi Lejen, Nash Sertai Tabligh Tapi Dia Luah Rasa Tidak Selesa Bila Gambar Dia Tersebar. Rupanya Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*