“Duit Banyak, Kereta & Rumah Besar Tak B0leh Bawa Mat! Pun..” – Amar Baharin

Pelakon Amar Baharin mengakui ada hikmah di sebalik pandem1k cov1d-19 yang menjadikan hidupnya lebih terurus sekali gus mendekatkan diri pada Allah SWT.

Menerusi laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 36 tahun itu mendedahkan dia terlalu sibuk mengejar dunia sebelum ini sehingga terlupa bekalan untuk akh1rat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

“Buat saya, selama ini terlalu kejar dunia. Solat selalu tinggal sebab sibuk dengan kerja. Amalan lain jangan ceritalah. Memang ke laut.
“Sekarang ini, tinggal solat rasa d0sa besar sangat. Lambat sikit tunaikan solat rasa tak senang duduk. Insya-Allah, saya harap dapat istiqamah begini sampai saya mati,” katanya.

Selain itu, jika dilihat di laman Instagram miliknya, pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu sering berkongsi posting menghafaz al-Quran.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Amar berkata, dia malu bagi mengakui proses berkenaan sebagai satu hijrah sebaliknya hanya ingin menjadi manusia yang lebih baik.

“Ada orang dua tiga hari sertai aktiviti tabligh, terus kata diri sudah berhijrah, pakai serban dan sebagainya. Tapi, itu terpulang.
“Semakin saya berusia, semakin saya sedar yang dunia ini hanya sementara. Duit banyak-banyak, kereta dan rumah besar, semua itu tak boleh bawa m4ti pun,” ujarnya.

Amar berkahwin dengan aktres, Amyra Rosli pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Kosmo! Online

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Duit Banyak, Kereta & Rumah Besar Tak B0leh Bawa Mat! Pun..” – Amar Baharin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*