[VIDEO] Adlin Kngsi Adegan ‘Civm Kaki’, Rupanya Banyak Kali Ellie Suriaty Buat

Baru-baru ini, telefilem ‘Ayat Dari Langit’ menjadi perhatian ramai gara-gara satu babak Ellie Suriaty mencivm kaki Adlin Aman Ramli dipercayai kerana terlalu ‘taat’ dengan pemimpin yang mengamalkan ajaran ses4t.

Babak berkenaan membuatkan netizen terpinga-pinga adakah kaki tersebut merupakan kaki sebenar ataupun kaki palsu.

Babak Ellie mencivm kaki Adlin rupanya betul

Adlin Aman Ramlie menerusi akaun IG miliknya ahirnya berkongsi video di sebalik tabir babak tersebut yang menampakkan Ellie benar-benar mencivm kaki Adlin. Ternyata lakonan berkenaan dilakukan secara ‘real’ dan bukannya kaki palsu! Lebih memeranjatkan adegan tersebut dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan ‘shot’ yang terbaik.

Ayat Dari Langit mengisahkan tentang ajaran ses4t yang diketuai oleh Ustaz Muiz dan isterinya. Walaupun ‘amalan’ yang diajar bertentangan dengan ajaran Islam, masih ada segelintir kumpulan yang percaya dan taksub dengan pemimpin yang dikatakan mempunyai pelbagai kelebihan itu.

‘Main level2 kaki je sekarang’

Video boleh tengok link di bawah

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adlin Aman Ramlie (@adlinamanramlie)

‘Ingat civm kaki laki dia’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mengenai babak berkenaan yang disangkakan Ellie mencivm kaki suaminya ataupun patung namun tidak. Malah ada juga yang memuji pengorbanan seorang pelakon yang sanggup melakukan apa sahaja seperti babak mencivm kaki itu demi menjayakan watak berkenaan.

Sumber : adlinamanramlie

Netizan Kec0h Pasal Jirus Air Civm Kaki Lelaki pengarah Rashid Sibir mula bersuara

Kuala Lumpur: “Pada saya warganet yang komen negatif sebenarnya adalah mereka yang b0doh,” kata pengarah Rashid Sibir mengulas isu babak telefilem arahannya yang kini tular.

Telefilem berjudul Ayat Dari Langit yang disiarkan menerusi Astro Citra semalam menjadi bualan hangat warganet apabila babak lakonan Ellie Suriaty menjirus air, lalu mencivm kaki suaminya.

Mengulas perkara ini, Rashid berkata, semua pihak perlu melihat pada karakter watak Zaharah dan bukan peribadinya sebagai Ellie.

“Dia bukan Ellie, apabila membawa watak berkenaan. Dia antara pelakon, yang pada saya sanggup melakukan apa saja demi karakter. Dia bagus dan apa yang ditunjukkan itu memang patut.

“Ia untuk tunjukkan kesayangan, kecintaan dan kesetiannya kepada suami Ustaz Muiz. Kalau suaminya kata mati masuk syurga, dia buatlah kerana dia pun nak masuk syurga.

“Jadi jangan pertikaikan Ellie. Warganet harus bersikap minda terbuka apabila menonton cerita begini,” katanya kepada Harian Metro.

Pengarah berpengalaman ini melahirkan perasaan kecewa dengan sikap warganet yang hanya tahu mengutuk berbanding memberi pujian.

“Kalau kita buat cerita cinta orang asyik kutuk. Apabila kita buat cerita agama dan ajaran sesat, dikutuk juga. Kau nak apa sebenarnya warganet?

“Penggiat seni cuba nak bagi segala benda merangkumi cerita sedih, komedi, cinta dan sebagainya.

“Tapi kalau semua cerita yang dibuat kau gelakkan, apa yang mereka nak sebenarnya? Namun, kecaman itu tandanya warganet menonton drama ini,” katanya.

Rashid mengesahkan dia sememangnya menyuruh Ellie membuat babak sebegitu.

“Tapi saya nak terangkan dulu, kenapa dia kena berbuat demikian. Zaharah adalah seorang isteri yang betul-betul taat dengan suaminya dan percaya dengan ajaran suaminya.

“Malah dia sanggup mati untuk suaminya. Perbuatan itu dilakukan sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang dan menghormati suami. Itu sahaja dan tiada benda-benda lain yang dikaitkan.

“Masa saya suruh buat, dia (Ellie) ingat saya main-main. Lepas itu dia buat betul-betul dalam bentuk yang paling menarik dengan cara pegang kaki suaminya itu,” katanya.

Menurut Rashid, drama berkenaan juga berkisarkan mengenai ajaran sesat dan ada rasionalnya babak berkenaan dibuat.

“Ustaz Muiz mengajar ajaran sesat dan Zaharah antara, pengikutnya. Isterinya hanya seorang, tapi Ustaz Muiz bebas meniduri perempuan lain di situ.

“Zina adalah halal baginya. Itu yang saya nak tunjukkan, serta taatnya seorang isteri kepada suami. Bagi saya, lakonan Ellie sangat memberi impak maksima dan tak ramai pelakon sepertinya,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://justbdallnews.com/2021/04/20/adlin-kongsi/?fbclid=IwAR14lYQ5M6QkeqYCnVg-FJ82TDqKWqpWeG9TlbhsmrqCFa0IGzwtzcz76-Q

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Adlin Kngsi Adegan ‘Civm Kaki’, Rupanya Banyak Kali Ellie Suriaty Buat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*