Berita mengenai tenggelamnya KRI Nanggala 402 adalah berita menyed1hkan bagi seluruh Indonesia. Di tengah kesed1han, muncul sebuah video kru kapal selam bermain gitar dan menyanyikan lagu berjudul ‘Sampai jumpa’.Video itu dimuat naik oleh Erix Soekamti, vokalis yang bertanggungjawab mempopularkan lagu itu di media sosial Instagram miliknya. Dalam video berdurasi 22 saat itu, anda dapat melihat salah seorang kru bermain gitar, sementara yang lain menyanyikan lirik lagu ‘Sampai jumpa’.
“# Prayforkrinanggala402,” kata Erix Soekamti disertai dengan emotikon menangis, seperti dikutip dari kapsyen video di Instagram.
Hantaran itu tular dan mula dibanjiri dengan komen netizen. Mereka juga mendoakan nasib anak kapal KRI Nanggala 402 yang telah dinyatakan “SUBSUNK” atau lem4s.
“Orang-orang yang tenang menghadap Yang Mahakuasa, saudara-saudara dan para komandan. Insya Allah Husnul Khotimah,” kata netizen di ruangan komen.
“Sangat sed1h, Ya Allah. Salam Sejahtera kepada Nanggala,” komen netizen lain. “Merem4ng bulu roma. Al-fatihah,” kata yang lain di ruangan komen.
Sementara itu, di media sosial Twitter, ribuan netizen juga menitipkan doa. “REST IN PEACE. Dear sea, take care them there, don’t let your water make them cold. Fair Wind and Following Seas, Commence the Eternal Patrol KRI Nanggala 402. Tabah Sampai Akhir,”kata netizen di Twitter.
“KRI Nanggala 402: SUBSUNK = dinyatakan lemas. On Eternal Patrol = membuat rondaan selama-lamanya. Sekiranya bumi bukan lagi pelabuhan anda, semoga syurga menjadi dermaga terakhir anda. # KRINaggala402 # PrayForKRINanggala402, “tulis netizen lain.
Terdahulu, The Vocket menerusi laporan daripada Times Indonesia, Panglima Tentera Negara Indonesia Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan KRI-Nanggala 402 disahkan tenggelam. Terdapatnya tumpahan minyak dan serpihan kepingan antara yang menjadi bukti kukuh tenggel4mnya kapal KRI-Nanggala 402.Kapal selam ini dilaporkan berada pada paras 850 meter dalam laut di mana status individu yang berada dalam kapal masih belum dapat disahkan. Usaha untuk menaikkan semula kapal selam KRI-Nanggala 402 ini masih lagi diusahakan.
VIDEO:
Susulan Trag3di kehil4ngan kapal selam Kapal Selam KRI Nanggala-402 milik Tentera Laut Indonesia.
Walaupun kita harapkan yang baik-baik sahaja tetapi
Sukar untuk menolak kemungkinan berlaku perkara lebih buruk jika diambil kira pada faktor kedalaman laut Bali Utara tempat ia dilaporkan hilang dan terputus hubungan buat kali terakhir.
Kedalaman lautnya boleh mencapai sehingga 700 hingga 3000 meter serta arus bawah lautnya juga agak deras.
Kemampuan kapal selam tersebut menahan tekanan di laut dalam pula adalah jauh lebih kurang dari itu.
Andai ditakdirkan ia ditemui di dasar laut yang berkedalaman 600 meter sahja sekalipun tetap juga sukar untuk menghantar penyelam bagi melakukan kerja-kerja menyelamat kerana ia melebihi kemampuan penyelam professional dan kondisi tubuh manusia sendiri.
FAKTA
– 534 meter (1752 kaki) Adalah Kedalaman (lautan) maksimum pernah dicapai oleh manusia tanpa menggunakan pesawat
– 685.8 meters (2,250 kaki) adalah Tekanan tahap tinggi ( di dalam kebuk hiperbarik) yang dicapai oleh manusia
-300 meter (984 kaki) adalah Kedalaman praktikal bagi manusia bekerja bernafas dengan gas campuran.
– 50 meter (164 kaki) adalah Kedalaman praktikal bagi manusia bekerja bernafas dengan udara mampat
– 7000 meter adalah Kedalaman maksimum bagi `Remote Operated Vehicle) – 1300 meter adalah Kedalaman maksimum bagi kapal selam military
– 11,000 meter (11km) adalah Kedalaman maksimum dicapai bagi kapal selam penjelajah
Kapal selam kategori militari yang direka boleh menyelam sehingga kedalaman melebihi 1000 meter datang dari 2 kuasa besar dunia iaitu Rusia dan Amerika Syarikat.
Kapal selam Rusia K-278 Komsomelets boleh menyelam sehingga kedalaman 1300 meter (4265 kaki).
Lunasnya diperbuat dari titanium, dengan material tersebut menjadikannya mampu menahan tekanan tahap tinggi melebihi daripada lain-lain kapal selam yang diperbuat menggunakan besi bukan titanium.
Kapal selam nuklear terbaik milik US kelas seawolf mampu 730m (2400kaki saja)
Sumber: VOCKET via citer maya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Be the first to comment on "Lagu ‘Sampai Jumpa’ Jadi Pesanan Terakhir Kru Kapal KRI Nanggala 402"