KKM Cadang PKP Balik Utk 6 Negeri. Ramai Tak Senang Duduk Bila Tgk Senarai Negeri Yg Terlibat

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negeri-negeri membabitkan kes C0vid 19 tinggi bagi mengekang penyebaran w.abak tersebut.

Menurut laporan The C.overage, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu berikutan k.es melebihi angka 3,000 bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan tidak menunjukkan penurunan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan pelaksanaan PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.

“KKM telah menyarankan kepada kerajaan negeri, pusat dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksanakan PKP setelah penilaian ri.siko menyeluruh dengan mengambil kira beberapa petunjuk utama.

“Perkara ini sedang dibahaskan secara mendalam dan pengumuman (mengenai pelaksanaan PKP) akan diumumkan segera,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu mengenakan PKP secara menyeluruh di negara ini tetapi dilaksanakan berdasarkan rekod k.es j.angkitan C0vid 19.

Jelasnya, perincian mengenai p.rosedur o.perasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang terlibat dengan PKP dan jangka masa akan diumumkan.

“Selain itu bazar Ramadan di negeri yang terlibat dengan PKP perluditutup untuk mengelakkan penyebaran C0vid 19.

“Kami melihat m.ekanisme dan pelaksanaannya seperti kesesuaian pekerja bekerja di rumah dan jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat memberitahu, negara mencatatkan 3,788 k.es baharu, sementara 3,142 pada Rabu dan 3,332 k.es pada Khamis.

Berikut pula reaksi dari orang ramai selepas kenyataan dari KKM ini

Nilai semula pelaksanaan PKP – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif C0VID-19 secara mend4dak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata penilaian semula ini penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan C0VID-19 yang sedang meningkat di negara ini dan seluruh dunia.

“Kerajaan sudah pun menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan C0VID-19.

“Premis berkenaan akan diarah tutup jika dikesan sudah dilawati oleh sejumlah besar mereka yang positif C0VID-19. Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan mengawal dan membendung penularan jangkitan C0VID-19 secara bersasar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Melalui sistem ini, Perdana Menteri berkata, pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi.

“Jadinya, kita meminta orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengelakkan daripada berada di tempat yang sempit dan sesak bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada jangkitan C0VID-19,” katanya.

Sistem HIDE, dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah ledakan jangkitan COVlD-l9 dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.

Penggunaannya sebelum ini sudah dilaksana bagi arahan penutupan sebanyak 22 daripada 1,073 bazar Ramadan yang sedang beroperasi di seluruh negara ketika ini, selepas dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi yang boleh menjadi punca penularan jangkitan C0VID-19.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataannya semalam memaklumkan penutupan operasi itu membabitkan lapan bazar Ramadan di Pulau Pinang, Johor (empat), Kedah (tiga), Perak (satu) manakala masing-masing dua di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur, bagi membolehkan kerja sanitasi dan memperkemas semula prosedur operasi standard (SOP) dilakukan.

Sejak pertengahan bulan lalu juga, kerajaan sudah mengumumkan pelaksanaan PKP di beberapa daerah di semenanjung selepas kawasan itu mencatatkan trend peningkatan kes membimbangkan termasuk di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

Selain itu, lima daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim juga dilaksana PKP yang bermula hari ini sementara seluruh daerah Raub, Pahang, sejak semalam.

Kerajaan tidak bercadang laksana PKP menyeluruh – Muhyiddin

Melalui laporan bulan lepas, Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP hanya dilaksanakan di lokasi tertentu yang menjadi kawasan dengan peningkatan mendadak kes penularan pandemik.

“PKP bersasar hanya untuk memastikan penularan COVlD-l9 dapat dikawal, gangguan perniagaan dapat diminimumkan dan kemampanan ekonomi dapat dicapai,” katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pihak Industri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalannya, Datuk Lim Ban Hong.

Muhyiddin berkata, beliau memberi jaminan kerajaan akan menerapkan langkah sesuai untuk mencapai keseimbangan antara melindungi nyawa dan kehidupan rakyat yang terjejas dengan C0VID-19.

Katanya, kerajaan akan melakukan apa yang perlu untuk menghidupkan semula ekonomi dan mengembalikan pekerjaan kepada rakyat.

“Seperti yang dikatakan, saya harus mengakui dan menghargai peranan penting diambil sektor swasta dalam memerangi wabak ini terutama ketika PKP,” katanya.

Menuju ke hadapan, Perdana Menteri berharap komuniti perniagaan termasuk individu akan terus melaksanakan peranan penting dalam mengurus dan membendung wabak kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

“Justeru, saya sekali lagi menekankan peranan industri adalah penting untuk mencapai matlamat bersama bagi melindungi nyawa dan kehidupan,” katanya.

Kredit : Sinar

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://www.lubukmaklumat.com/2021/05/02/kkm-cadang/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "KKM Cadang PKP Balik Utk 6 Negeri. Ramai Tak Senang Duduk Bila Tgk Senarai Negeri Yg Terlibat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*