Ampang Jaya: Polis menjalankan si4satan berhubung gambar keluarga selebriti yang did4kwa berziarah pada sambutan Aidilfitri yang tular di media sosial, baru-baru ini, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya mengesan gambar keluarga selebriti berkenaan yang tular di dalam portal dan media sosial pada 4 petang tadi.
“Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung.
“Kejadian itu disyaki berlangsung di kediaman selebriti berkenaan yang terletak di Hulu Kelang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamad Farouk berkata, terdapat kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.
“Majlis berkenaan dijalankan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu aktiviti ziarah hari raya.
“Aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
“Susulan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima satu laporan polis berkaitan kejadian berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, si4satan kejadian itu dijalankan mengikut Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 2021.
“Kes itu masih dalam siasatan dan pihak polis akan memanggil semua yang terbabit untuk memberikan keterangan.
“Untuk makluman, sebanyak 599 kompuan dikeluarkan dan 16 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan melanggar SOP PKP di daerah ini bagi tempoh 1 Januari lalu hingga semalam,” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes berkenaan masih dalam si4satan.
“Kami menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya.
Apa yang d3ngki sangat tu?
Abby Abadi turut bersuara di IG story apabila menjelaskan bahawa mereka memang sering berkumpul seak sebelum raya lagi. Jadi, mengapa ketika hari lebaran mereka tidak boleh berjumpa semasa sendiri seperti hari biasa?
Oleh itu, pelakon drama bersiri kepolisian itu meminta agar netizen membersihkan hati dan tidak berasa d3ngki kerana rezeki setiap orang berbeza-beza.
Norman Hakim dan Abby Abadi pernah berkahwin sebelum ini dengan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Dania Hakim.
Namun pada 2008 mereka telah bercer4i dan Norman Hakim berkahwin dengan Memey Suhaiza. Mereka dikurniakan tiga orang anak.
Manakala Abby pula berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakari pada 2015dan telah mengambil tiga orang anak angkat.
Hubungan kekeluargaan mereka juga utuh dan masing-masing kelihatan sangat akrab walaupun Norman dan Abby sudah lama berpisah.
Tiada aktiviti ziarah sempena Aidilfitri – PM
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kvbur sempena sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Perdana Menteri berkata, solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak lebih 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah serta 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang 1,000 jemaah.
“Had bilangan jemaah sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kerajaan sebelum ini membenarkan aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Ia termasuk tempoh dan jumlah pengunjung berbeza di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Perdana Menteri berkata, operasi rumah ibadat bukan Islam juga akan diperketat.
“SOP bagi rumah ibadat bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan Negara,” katanya.
Sumber: Abby Abadi, Norman Hakim, Harian Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://limauasamboi.pw/
Be the first to comment on "Seronok ziarah raya sampai Abby Abadi tye “Apa yg d3ngki sangat tu?” Sekali Polis si4sat"