Peguam PersoaI Layanan Istimewa Neelofa Di Mahkamah

ejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai selebriti popular Neelofa dan suaminya, PU Riz did4kwa di mahkamah berhubung perl4nggaran prosedur operasi standard (SOP).

Nampaknya, isv tersebut terus menjadi bualan apabila Peguam Negeri Sembilan mempertikaikan layanan istimewa terhadap selebriti itu ketika hadir ke Mahkamah Seremban, Khamis lalu.

Sehubungan itu, mereka membuat aduan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Negeri Sembilan berhubung perkara berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz berkata, pihaknyaada menerima aduan pada petang Khamis lalu, hari yang sama kes Neelofa dan suami dihadapkan ke mahkamah.

Aduan tersebut mempersoalkan mengenai kenderaan pasangan itu yang dibenarkan memasuki ke dalam perkarangan mahkamah sedangkan individu lain perlu parkir di seberang jalan dan perlu berjalan masuk sendiri ke dalam.

“Aduan berkenaan dimajukan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Madihah Harullah pada petang Jumaat lalu.

“Kita berharap pihak mahkamah akan memberi maklum balas dalam masa terdekat mengenai perkara terbabit,” katanya.

Terdahulu, kenderaan BMW yang dinaiki Neelofa, 32, dan Mohammad Haris, 26, dibenarkan memasuki dalam kawasan kompleks mahkamah dan dibenarkan parkir di premis disediakan.

Difahamkan, tempat parkir berkenaan hanya untuk kenderaan kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya dan pengecualian hanya kepada orang awam (orang kur4ng up4ya).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Peguam PersoaI Layanan Istimewa Neelofa Di Mahkamah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*