HospitaI Sahkan Eina Azman Terima Sntikan Awal Vksin Kerana Berisiko Tinggi

Hampir setiap minggu, ada sahaja golongan selebriti yang terpalit dengan isu rentas negeri. Terbaharu, pelakon dan pengacara Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah didkwa telah merentas negeri untuk menerima sntikan vksin di sebuah hospital di Ipoh.

 

Rentas Negeri & Potong ‘Q’?

Isu tersebut menjadi tular selepas Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkongsi hantaran memberitahu dia sudah divaksin sekaligus mencetus persoalan dikalangan netizen yang mendakwa seleriti ini memotong giliran pengambilan vaksin.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya dan suami sudah cucuk dos pertama vaksin. Tak sak!t pun. Dua jam sebelum dicucuk Eina makan panadol dulu.

“Untuk Eina, pening kepala sikit selepas suntikan. Tapi sekejap sahaja lepas tidur sebentar, rasa okey.

“Tak tahu kenapa rasa lapar berganda nak makan sahaja. Tapi nak tanya, normal ke kalau muka jadi ‘bloated?’ Sebab muka Eina jadi bulat sangat lepas suntikan vaksin. Saya rasa lain orang, lain kesan sampingannya tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” tulis Eina.

Hospital Sahkan Eina Terima Vaksin

Susulan daripada itu, Eina memadam hantaran tersebut namun berjaya ditangkap layar (screenshot) oleh netizen.Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa kecewa apabila terjadinya isu tersebut. Malah mereka turut meminta pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut.

Terbaharu, menerusi carian Murai.my, hospital yang dimaksudkan telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan kononnya pasangan ini telah memotong barisan menerima vaksin.

Memetik kenyataan pengarah hospital itu, mereka menafikan bahawa Eina dan suami telah memotong barisan. Sebaliknya, nama mereka disenaraikan atas saranan doktor pakar kerana mereka tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut turut menjadi pertikaian netizen memandangkan Eina masih muda selain mahukan penjelasan lebih tepat mengenai penyakit yang dialaminya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : muraimy

Apa komen anda?

Be the first to comment on "HospitaI Sahkan Eina Azman Terima Sntikan Awal Vksin Kerana Berisiko Tinggi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*