“Kena panggil Sabri Yunus bagi ceramah ko ore Klate, hok degil tok sey cucuk vaksin…” – Netizen

Sabri Yunus Bagi Penerangan Dalam Loghat ‘Kelate’. Gara hampir 10Ribu penduduk Kelantan tak hadir janji temu vaksin.

Sehingga hari ini, masih ramai yang keliru berkenaan fungsi sebenar vaksin C0VID19 dan ada yang berpendapat bahawa vaksin itu boleh menyembuhkan CVID19.

Walhal sebenarnya fungsi vaksin bukan untuk mencegah atau merawat jangkitan tetapi untuk mengurangkan kadar risik0 yang dialami jika dijangklli wa.bak berkenaan.

Baru-baru ini, pelakon yang cukup terkenal di Malaysia Sabri Yunus telah menggunakan laman media sosialnya untuk memberi kesedaran tentang fungsi vaksin dalam dialek Kelantan.

Turut dikenali sebagai ‘Pokya’, pelakon veteran berusia 60 tahun itu memberikan penjelasan yang mudah difahami dan turut memberi contoh situasi yang berlaku menerusi video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji inisiatif yang dilakukan oleh bintang drama Tanya Sama Pokok itu dalam menyampaikan ilmu berkaitan vaksin kepada orang ramai.

VIDEO Penuh :

Dalam pada itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman menghadapi kesukaran dalam menggalakkan ibu bapa dan keluarga mereka untuk mengambil vaksin.

Memandangkan kini ramai golongan ‘anti-vaksin’ didapati menyebarkan fakta yang salah sebagai cubaan untuk menakutkan orang ramai daripada mengambil vaksin.

Memetik laporan media terdahulu, hampir 10,000 penduduk di Kelantan dengan sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas dikesan gagal hadir menerima suntikan vaksin.

Difahamkan lagi antara puncanya ialah masalah kesihatan selain menunda tarikh suntikan.

Malah, ada yang gagal hadir kerana mempunyai masalah peribadi dan ramai juga tidak memberi alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Justeru itu, usaha Pok Ya ini wajar dipuji kerana sudi menggunakan pengaruhnya sebagai seorang selebriti bagi menyampaikan ilmu berkenaan vaksin kepada rakyat.

KOTA BHARU: Hampir 10,000 penduduk di Kelantan dengan sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas dikesan gagal hadir menerima suntikan vaksin sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata antara puncanya ialah masalah kesihatan selain menunda tarikh suntikan.

Katanya, ada yang gagal hadir kerana mempunyai masalah peribadi dan ramai juga tidak memberi alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Semua yang tidak hadir mendapat suntikan vaksin adalah mereka yang berdaftar bagi fasa kedua

“Apabila kita mendapat senarai sehari atau dua hari sebelum janji temu, kita akan menghubungi setiap individu untuk mengenal pasti sama ada mereka boleh hadir atau tidak pada masa ditetapkan.

“Bagaimanapun, bukan semua dapat dihubungi kerana terlalu ramai yang mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

“Ada juga dalam kalangan mereka yang tidak menjawab panggilan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata, mereka yang mahu menunda tarikh atau mengubah lokasi PPV perlu menghubungi hotline MySejahtera bagi pertukaran itu.

Katanya, pihaknya akan menghubungi individu lain bagi menggantikan mereka yang tidak dapat hadir untuk pada tarikh asal janji temu sebagai langkah mengelak pembaziran bekalan vaksin.

“Setakat ini, PPV dibuka di Kota Bharu, Pasir Puteh, Jeli, Machang, Kuala Krai dan Bachok.

“Sehingga semalam, lebih 340,000 individu mendaftar melalui MySejahtera tetapi angka berkenaan dilihat masih rendah,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingkini.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kena panggil Sabri Yunus bagi ceramah ko ore Klate, hok degil tok sey cucuk vaksin…” – Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*