Tak HaIaIkan Lebihan Bayaran RM2 Sbb Makanan Smp Tak Cukup, Tindakkan Rider kepada Wanita ini Sangat Mengejutkan

PEKERJAAN sebagai rider penghntar barang atau makanan bukanlah sesuatu yang asing lagi di negara ini.

Malah, pelbagai kisah suka duka dalam kerjaya itu sering tular di media social sehingga mendapat perhatian netizen.

Kali ini, seorang rider dikenali sebagai Khairul Haffendy Othman turut meraih perhatian ramai selepas berkongsi mesej yang diterimanya daripada seorang pelanggan.

Menurut mesej Wasap itu, seorang pelanggan memaklumkan dia tidak menghalalkan wang yang telah dibayarnya.

Ini kerana makanan yang dihantar pemuda itu tidak mencukupi.

“Dik, kak tak halalkan duit terlebih kak bagi. Sebab makanan tak cukup. Call center pun tak dapat,” tulis pelanggan itu kepada Khairul Haffendy.

Komen netizen :

Tidak cepat melenting, pemuda itu bagaimanapun membalas mesej berkenaan.

Dan menjelaskan dia hanyalah seorang rider dan sama sekali tiada kaitan dengan kerja-kerja penyediaan makanan itu.

“Kak saya hantar yang mana kedai bagi kak,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, Khairul Haffendy turut memberitahu wanita itu bahawa dia sudah menyedekahkan wang sebanyak RM2 yang tidak dihalalkan wanita itu ke tabung sebuah masjid.

“Kak terima kasih kerana tak halal duit RM2 kak tu.

“Duit tu nanti saya masuk tabung maasjid kak.

“Saya tak mahu r0sak rez3ki saya dengan famili,” balasnya.

Bukan sekadar omong kosong, dia selepas itu turut menghantar gambar tabung besi Masjid Sembilang Seberang Jaya, Pulau Pinang sebagai bukti kata-katanya kepada wanita itu.

Paparan perbualan itu kemudiannya turut dimuat naik di fesbuk miliknya sehingga meraih hampir 5,000 perkongsian.

Malah, hampir 1,000 komen turut ditinggalkan netizen, rata-ratanya berpihak kepada Khairul Haffendy.

Kata netizen, mereka simpati dengan nasib rider itu dan turut mengutuk keras sikap wanita berkenaan.

“Kak RM2 je, bukan RM2,000 mahupun 2 juta. Otak kak tu tertinggal kat perhentian bas mana yang terlupa nak fikir benda kecil macam ni?

“Makanan tak cukup? Dia ingat rid3r tu masak sendiri ke apa?

“Makanan jadi darah daging. Macam mana sakit hati pun, jangan berkira sangat,” tulis beberapa n3tizen.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber

 : wowberita, caramohon  via Gstv

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak HaIaIkan Lebihan Bayaran RM2 Sbb Makanan Smp Tak Cukup, Tindakkan Rider kepada Wanita ini Sangat Mengejutkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*