[VIDEO] Gadis Ini Menjadi Mgsa LRT Bertembung. Dia Ceritkan Kembali Apa Sebnarnya Berlaku

KULIT dahi terko.yak hingga menutup bahagian mata kiri, demikian menurut salah seorang mang.sa pertembu.ngan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC pada Isnin lalu.

Cerita Siti Nuraliah Hashim, 24, dia tidak menyedari apa yang terjadi kerana kejadian nge.ri berkenaan berlaku sekelip mata sebaik sahaja melangkah masuk ke LRT di Stesen KLCC.

“Saya tak tahu sangat apa yang terjadi, sebab masa tu saya pengs4n, ada seorang abang ni bantu saya.

“Apabila saya sedar, mata kiri tak nampak kerana banyak darah.

“Kulit dahi saya terkoyak sehingga menutup mata sebelah kiri, ” katanya kepada mStar.

Video:

 

LRT bertembung: Dua tren berjaya dibawa keluar lebih awal

Kedua-dua tren yang terlibat dalam kema.langan pada 24 Mei lalu berjaya dibawa keluar pagi ini, lebih awal daripada tempoh tiga hari yang dijangkakan.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, ia selepas pasukan ‘Team Recovery Rapid Rail’ menjalankan kerja tanpa henti sebanyak tiga shif selepas kejadian.

Tren TR40 selamat sampai ke Depoh Subang pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula sampai di trek landasan Gombak jam 4.51 pagi, katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

“Pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan trek dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC.

“Akan tetapi, Team Recovery terpaksa ‘Power Down’ (menutup pembekalan kuasa), untuk seluruh ‘stretch’ yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai, melibatkan lima stesen LRT,” kata Wee.

Lima buat stesen LRT yang terlibat sepanjang jajaran tersebut adalah Stesen Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru dan Dang Wangi.

Jelasnya, sebaik sahaja kerja pembaikan berkenaan selesai, pemeriksaan akan dijalankan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan.

Bagi pengoperasian LRT hari ini, kata Wee, situasi ‘bottleneck’ dijangkakan kerana ia hanya beroperasi dengan satu landasan iaitu dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni (melibatkan tujuh stesen).

Keadaan itu akibat ‘power down’ tersebut dan memandangkan masih terdapat satu landasan yang ditutup selepas kejadian.

Masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui ‘stretch’ berkenaan adalah 16 minit.

Bagi mengurangkan kesan ‘bottleneck’, katanya, kaedah ‘platoon’ akan digunakan bagi dua tren memasuki landasan ke arah yang sama.

Wee turut memaklumkan, 58 tren LRT untuk laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi sepertimana diumumkan sebelum ini.

“Saya memberi jaminan bahawa Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan pada hari ini agar perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Apabila landasan siap diperbaiki, tiada lagi kesan ‘bottleneck’ dan perkhidmatan LRT akan beroperasi pada tahap 50 peratus kapasiti.

“Ia seperti yang disyaratkan sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketat sehingga 7 Jun 2021, tanpa mengurangkan frekuensinya,” tegasnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Sumber : MSTAR ONLINE / ASTRO AWANI via http://www.awatttsyeikhh.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Gadis Ini Menjadi Mgsa LRT Bertembung. Dia Ceritkan Kembali Apa Sebnarnya Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*