Selep4s kec0h g0sip dgn menteri, Instgram Mawar mula dib4njiri dgn kata2 ini

Ramai netizan mula Ser4ang IG Mawar

Dalam pada itu, gambar terakhir  Mawar di IG mula di banjari komen bertubi-tubi dari netzian untuk mendapatkan pengesahan dari Mawar sendiri

Namun sehingga kini, Mawar bertindak mendiamkan diri dari mengeluarkan apa-apa kenyataan

Berikut antara komen-komen dari netizan di IG Mawar

Dalam pada itu Polis mengesahkan laporan bahawa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali ada diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) Perasing pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu Roslee Chik ketika mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini berkata polis kini masih menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, Roslee tidak mengulas dakwaan tular mengenai ahli parlimen Kuala Nerus itu diperiksa ketika menaiki kenderaan bersama seorang wanita.

Katanya, persoalan lain mengenai siasatan itu perlu dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memandangkan unit itu sudah mengambil alih siasatan.

“Masih dalam siasatan. Tanya (USJT) Bukit Aman sebab Bukit Aman ambil alih (siasatan),” katanya.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dev Kumar, ketika dihubungi pula, mengesahkan bahawa siasatan sedang dilakukan.

Namun, katanya, polis membuka kertas inkuiri terlebih dahulu bagi memastikan apakah ada kesalahan yang dilakukan dalam kejadian berkenaan.

“Kita buka kertas inkuiri polis dahulu. Kita akan panggil semua yang berkaitan dengan isu ini untuk pertanyaan.

“Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di SJR dan jika ada berlaku apa-apa kesalahan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pemeriksaan Khairuddin di SJR Perasing mula diperkatakan apabila satu mesej tular beberapa hari lalu mendakwa dia ditahan bersama usahawan tudung yang juga bekas isteri seorang pelakon terkenal.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Khairuddin bagi mendapatkan maklum balas.

Khairuddin nafi kahwini Mawar Karim, dakwa difitn4h

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Seri Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau adalah individu yang ditahan semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan Perasing, Terengganu bersama bekas isteri seorang artis, Mawar Abdul Karim, hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu, berkata beliau juga menafikan laporan sebuah portal yang mendakwa sudah berkahwin dengan Mawar dan menyifatkan semua dakwaan itu sebagai satu fitn4h terbaharu daripada mereka dengki kepada beliau.

“Semoga Allah membalas segala fitnah mereka dengan sehina-hinanya!,” katanya seperti dilaporkan portal AgendaDaily

Sehubungan itu, beliau difahamkan sudah membuat laporan polis pada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk menegakkan kebenaran.

“Saya akan keluarkan kenyataan penuh sejurus selesai membuat laporan Polis,” tegasnya.

Semalam, tular dalam mesej WhatsApp melibatkan Khairudin bersama wanita yang dikatakan Mawar itu semasa ditahan dalam SJR di Perasing.

Mawar yang pernah menjadi isteri kepada pelakon, Fizo Omar didakwa dilihat berada di dalam kereta yang sama dalam kereta Khairudin.

sumber: sinar harian, https://www.inforakyat.net, gempak, IG MAWAR

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/05/iggmwr-kom-penhhkhairdun/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selep4s kec0h g0sip dgn menteri, Instgram Mawar mula dib4njiri dgn kata2 ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*