Pak Cik Bvta Ini Berdiri Kadang Sampai 1 Jam Sambil Pegang Nota Minta Hantarkan Ke Masjid. Tindakan Lelaki Ini Buat ramai Orang Sebak

Buat diri kita yang dilahirkan serba sempurna anggota badan, bersyukurlah kita. Cuba bayangkan salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita ini ditarik kembali. Biarlah bukan selamanya sekalipun hanya seketika, bagaimana agaknya perasaan dan keadaan kita?

Kebanyakan daripada kita hanya tahu erti bersyukur tatkala diri telah kehilangan nikmat tersebut. Jadi, akan ada banyak cara yang Allah S.W.T akan tunjukkan kepada kita supaya hadirnya rasa bersyukur itu dalam diri kita.

Seperti sebuah perkongsian yang dibuat menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok @asianordin dimana dia berkongsi video seorang pakcik buta yang benar-benar menyentuh em0si.

BvTA, NAMUN GIGIH UNTUK BERJEMAAH DI MASJID

Rakaman video telah diambil Asia dari jauh yang menunjukkan keadaan pakcik bvta tersebut yang menanti di tepi jalan. Dia yang berada di kawasan Setiawangsa untuk dua hari sahaja tidak mampu untuk menolong pakcik ini setiap masa.

Jadi, perkongsian dia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyebarkan kepada orang awam yang berada berdekatan supaya bermurah hati membantu pakcik ini andainya berkesempatan.

ADA MASA MENUNGGU SEHINGGA BERJAM

Ada juga yang berkongsi cerita dengan Asia dimana pakcik ini kerap berada disini menanti insan yang baik hati yang sudi untuk membawanya untuk menunaikan solat berjemaah setiap kali masuk waktu solat.

Namun, ada ketikanya nasib tidak menyebelahi pakcik ini sehingga terpaksa menanti untuk satu tempoh yang lama. Mungkin ada yang risau andai ada modus operandi tertentu yang boleh menganc4m nyawa.

Mungkin benar hanya insan yang dipilih oleh Allah S.W.T sahaja yang akan digerakkan hati untuk berhenti dan menyantuni pakcik ini dengan membawanya ke destinasi yang diingini.

ADA HAMBA ALLAH DATANG MENOLONG

Sewaktu dia merakam video tersebut, ada seorang lelaki dengan sebuah kereta berwarna putih yang telah berhenti dan menumpangkan pakcik ini. Semoga murah rezeki diatasi keikhlasan hati beliau itu.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : malaysiatimes

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pak Cik Bvta Ini Berdiri Kadang Sampai 1 Jam Sambil Pegang Nota Minta Hantarkan Ke Masjid. Tindakan Lelaki Ini Buat ramai Orang Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*