“Aku Pakai PA Untuk Ambik Air Je” IG Live Sharnaaz Ahmad Dan Shukri Yahya Dikatakan Perli Noor Kartini?

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai ibu kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Noor Kartini yang secara tidak sengaja telah memuat naik instastory mempersoalkan sistem perlembagaan di Malaysia dengan melibatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tanpa menyedari beliau telah menggunakan akaun rasmi miliknya.

Tampil membalas desas-desus yang tular, Noor Kartini memberitahu bahawa perkara tersebut berlaku bukan lah dilakukan olehnya, ia berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerjanya yang mempunyai akses kepada sosial media (Instagram) milik beliau.

Malah satu laporan polis juga telah dibuat oleh beliau di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan perkara itu telah mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar.

Di dalam kehangatan desas-desus perkara itu, bekas menantu kepada Noor Kartini iaitu Sharnaaz Ahmad dilihat turut tampil ‘membahan’ isu itu bersama rakan karibnya Shukri Yahya secara live.

Jika melihat kepada video tersebut, Shaarnaaz dan Shukri dilihat saling ketawa sambil memerli mereka juga memakai PA untuk melakukan sesuatu.

“Dunia sekarang semua pakai PA mat, mana ada pakai betul betul” -Sharnaaz

“Yeke hang pakai PA tak?” – Shukri

“Aku pakai PA untuk ambik air ja” – Sharnaaz

Lihat reaksi-reaksi netizen di laman TikTok :

Sumber : TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : HotFM via http://trendingkini.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Aku Pakai PA Untuk Ambik Air Je” IG Live Sharnaaz Ahmad Dan Shukri Yahya Dikatakan Perli Noor Kartini?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*