Admin Mngaku Dia Yg Buat, Sekali Pnjelasan Peguam Ini Akn Buat Datin Noorkartini Teg4mam

ika ada admin, pasangan atau kekasih yang dikatakan menggunakan akaun media sosial kita dan membuat kenyataan berb.aur jnyah atau saIah disisi undng-undng, siapa yang saIah?

Sama ada kita pemilik akaun atau yang menulis itu?

Tulisan ini merujuk kepada situasi semalam terdapat satu muatnaik dari akaun Instagram Datin Noorkartini yang mempertikaik4n titah SuItan Johor.

Susulan itu, dia telah memohon maaf dan membuat laporan polis dan menyatakan bahawa bukan dirinya yang memuatnaik status tersebut tetapi kerana kecuai4n pekerjanya yang mempunyai akses kepada Instagram miliknya.

Jadi, andai kata situasi ini berlaku kepada kita. Jika ada bekas kekasih, bekas pasangan, ‘rival’ ditempat kerja yang tiba-tiba menggunakan komputer kita di tempat kerja dan memuatnaik sesuatu menghi.na negara, agama atau bngsa menggunakan akaun media sosial kita untuk mengenakan kita.

Kadang-kadang kita ini, mungkin autosaved semua password dalam komputer. Bagaimana? Siapa saIah?

Secara tegasnya, akaun kita, milik kita, liabiliti kita dan ianya merupakan tanggungjawab kita. Oleh itu, beban kesaIahannya pada kita.

Itu adalah ‘presumption’ atau anggapan dalam situasi begini. Tetap kita saIah sebagai penama, melainkan sekiranya kita dapat membuktikan sebaliknya.

Undng-undng berkaitan penama dan pemilik ini jelas. Kita lihat dari sudut pandangan situasi undng-undng lain. Dari sudut jnyah, contohnya kita adalah pemilik kenderaan. Kita jualkan kenderaan kepada kedai terpakai.

Kita serahkan kereta dan tidak ambil tahu status penjualan kerana kita pun dah ada kereta brand new. Tiba-tiba ada laporan polis kereta kita digunakan dalam kes rompak4n bersenj4ta dan semua penjn4yah berjaya melarikan diri. Kita memang tidak tahu menahu.

Ikut semakan polis, nama kenderaan masih belum ditukar dan atas nama kita. Memandangkan kita penama, yang bakal ditah4n r3man dan disiasat itu kita, yang perlu menjawab soalan kita.

Melainkan kita sertakan segala surat penyerahan kenderaan dan bukti-bukti. Tetaplah juga kita menghadap proses sias4tan dan ditah4n.

Begitu juga situasi kes tuntutan sivil, kalau kita benarkan rakan kita memakai kenderaan dan kemudian dia memandu secara cuai sehingga menyebabkan kmIangan m4ut.

Bukan sahaja pemandu yang disaman di mahkamah, pemilik kenderaan yang tiada ditempat kejadian juga disaman atas prinsip undng-undng ‘Vicarious liability’ atau tanggungan vikarius kerana pemilik kenderaan memberi izin dan kawalan di atas kenderaan.

Sama-sama kena tanggung bayar ganti rugi.

Sama juga dalam kes yang disebabkan oleh penipuan, kecuaian, kegagalan oleh pekerja. Majikan perlu menanggung kecuaian, kesilapan, kegagalan dan/atau kecuai4n pekerja sekiranya dilakukan dalam menjalankan pekerjaan dan/atau waktu bekerja.

Secara asasnya dalam undng-undng, penama kepada akaun media sosial yang akan bertanggungjawab. Akaun kita dan semua orang tahu itu akaun kita. Sebarang tulisan dianggap sebagai tulisan kita.

Di Mahk4mah, kalau guna pembelaan ‘saya hanyalah penama dalam kes beli kereta, buat pinjaman bagi, bekas kekasih, bekas tunang, bekas pasangan dan saya langsung tidak merasa walau sesen pun hut4ng’.

Ini semua ini tidak laku kerana atas perjanjian yang tandatangan itu kamu, bukan pihak lain. Penama!

Bukan isu tidak adil tetapi isunya siapa suruh beri nama?

Siapa suruh tandatangan perjanjian yang mengikat bayar hut4ng? Bank ada bukti terhadap penama, duit pinjaman dimasukkan dalam akaun penama.

Jadi berbalik kita kepada isu Datin Kartini ini, secara jelasnya dia adalah penama dan akaun adalah miliknya maka secara asasnya atau anggapannya dia bertanggungjawab.

Bagaimana sekiranya dia meletakkan beban kepada pekerja yang ditugaskan menjaga akaun IG?

Saya faham, ramai selebriti, VIP, ahli politik yang menggunakan admin untuk menguruskan akaun media sosial mereka untuk kekal aktif dan ada content. Mungkin kerana jadual kerja yang sibuk.

Jadi dia adalah majikan dan kita patah balik kepada prinsip undng-undng tanggungan vikarius. Sebagai majikan perlu memantau dan bertanggungjawab penuh.

Hal-hal begini berat kerana ‘influencer’ mempunyai ramai pengikut dan setiap tulisan akan disampaikan kepada ratusan ribu atau jutaan orang.

Jadi impaknya sangat besar. Berbeza dengan pemilik akaun lain yang penyampaiannya minimum.

Saya selit sedikit nasihat kepada pemilik perniagaan yang mempunyai akaun media sosial yang dijaga oleh admin.

Pastikan setiap admin yang menguruskan akaun media sosial menandatangani perjanjian Non-Disclosure Agreement bagi tujuan kerahsiaan.

Jangan lupa juga perjanjian atau dokumen yang mengesahkan admin ada akses dan kawalan kepada akaun. Nyatakan juga waktu akses dan kawalan akaun.

Sekiranya berlaku sesuatu isu seperti penipuan, tulisan kebenci4n atau apa-apa sahaja, admin juga akan bertanggungjawab secara bersama.

Saya pesan ini kerana banyak juga kes berlaku, admin saIah tadbir akaun dan cabut lari. Jadi pemilik akaun perlu hati-hati.

Apa-apa pun, kita pemilik akaun yang bertanggungjawab. Cantik jika ada dokumen mengesahkan.

Undng-undng itu jelas. Jika kita ada pembelaan, bagus. Isu mengurus dan mentadbir akaun ini bukan boleh dipandang ringan jadi jangan semberangan serahkan akses atau kawalan kepada orang. Terutama sekali akaun peribadi.

Bayangkan, anda ada ratusan ribu pengikut di media sosial dan anda sangat dikenali. Setiap tindak tanduk diperhatikan. TersaIah tulis, tersaIah laku. Semuanya jadi perhatian.

Jika dibuatnya orang yang kita berikan hendak kenakan kita, menulis mengh1na agama, mengh1na SuItan dan memuatnaik gambar lvcah.

Memang anda boleh minta pihak berkuasa block tetapi ambil masa. Hendak ros4kkan akaun orang beberapa minit pun cukup.

Kita boleh beri pembelaan dan alasan, kita juga mungkin boleh di mahk4mah dengan mengemukakan hujah dan bukti tetapi belum tentu boleh menang di ‘court of public opinion’.

Hidup dengan kebenci4n dan makian orang ini berat. Hati tidak tenang.

Kesimpulannya, jika kita pemilik atau penama ,kita bertanggungjawab. Jadi berhati-hatilah dalam segala situasi yang saya sebutkan di atas.

Sumber:FB Nor Zabetha via asiakini

Polis sudah rakam keterangan Noor Kartini

KUALA LUMPUR: Polis selesai merakam keterangan ibu kepada kepada usahawan dan selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed hari ini berhubung satu hantaran berbaur penghin4an kepada Sultan Johor melalui laman Instagram (IG) miliknya.

Kertas siasat4n berkenaan kini sedang dikemaskini, sebelum dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Jabatan Sias4tan Jenay4h Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata selain ibu selebriti itu, polis juga dalam proses merakam keterangan pekerja wanita terbabit dalam tempoh terdekat.

“Sehubungan itu, saya minta masyarakat supaya bersabar dan pihak polis sedang melengkapkan serta menjalankan sias4atan secara menyeluruh.

“Pada masa sama, polis juga merakam keterangan beberapa individu lain yang turut dikategorikan bagi membantu sias4tan yang dijalankan.

“Individu yang dipanggil juga mempunyai akses membuka laman IG milik ibu selebriti itu yang menggunakan nama Noor Kartini,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Polis Selangor semalam, mengesahkan siasatan kes itu yang sebelum ini dikendalikan polis daerah Brickfields di Kuala Lumpur diserahkan kepada polis Selangor selepas insiden berkenaan dikesan berlaku di Selangor.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, dilaporkan berkata pihaknya menerima satu laporan berkaitan perkara itu kira-kira jam 5.44 petang kelmarin oleh pemilik akaun IG terbabit.

Siasatan dilakukan mengikut sekksyen 504 K4nun Kesekks4an iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, sekksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta sekksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

BH sebelum ini melaporkan, Noor Kartini membuat laporan polis berhubung seorang kakitangan yang didakwa menyalahguna akaun IG miliknya bagi tujuan peribadi.

Menjelaskannya menerusi kenyataan media ringkas, Noor Kartini mend4kwa, dia kesal dengan perkara yang berlaku dan akan memastikan tidak berulang.

“Saya ingin menjelaskan hantaran berhubung sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia dalam IG Story yang tersebar. Ia berlaku atas kecuai4n salah seorang kakitangan yang mempunyai akses membuka laman IG saya.

“Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja memuat naik dalam IG Story tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.

“Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Admin Mngaku Dia Yg Buat, Sekali Pnjelasan Peguam Ini Akn Buat Datin Noorkartini Teg4mam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*