Gadis ini tidur di hentian RNR Bukit Gantang, tak sangka sedar selepas 3 bulan. Tak sangka ini yang jadi rupanya

Pel1k Gadis ini tertidur di RNR tetapi terbangun selepas 3bulan. Pengalaman h1tam apabila pengs4n di dalam kereta dan akhirnya tidak sedarkan diri selama 3 bulan yang bermula pada pertengahan 2014 nyata telah mengubah kehidupan seorang gadis baru berusia 24 tahun…

Ummu Diyana Ibrahim yang kini mampu menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. Pelajar itu mengakui apa yang berlaku benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikalnya dan peluang kedua yang diberikan Allah itu akan dimanfaatkan demi diri, keluarga dan masa depannya.

Katanya, menceritakan pengalaman hitam itu, ia bermula ketika beliau dalam perjalanan pulang ke kampungnya di sini dari Behrang, Perak. “Dalam perjalanan, saya rasa macam nak munt4h, tak sedap badan. Jadi, ambil keputusan untuk berhenti berehat sekejap di Raw4t dan Rehat (RNR) Bukit Gantang.

UMMU Diyana Ibrahim. FOTO Noorazura Abdul Rahman

“Benda yang terakhir saya ingat, saya biarkan enjin dan penghawa dingin terbuka kerana mahu terlelap sekejap,” katanya. Bekas pelajar Politeknik Behrang itu langsung tidak menyangka hanya akan “terbangun” semula selepas lebih 3 bulan. Pada saat itu juga, bermulalah perjuangannya

untuk kembali sedar sepanjang terlantar di Hospital Taiping sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas disahkan mengalami kekur4ngan oks1gen dan lebih karbon monoksida. “Sepanjang saya tidak sedarkan diri, saya memang dengar dan nampak apa saja yang berlaku.

Cuma saya tidak dapat memberi tindak balas. Seluruh tubuh saya terkunci,” kata anak bongsu 6 beradik itu. Doktor kemudiannya mengambil keputusan mahu melakukan intubasi di lehernya namun pihak keluarga meminta menangguhkan prosedur tersebut kerana memikirkan implikasi yang bakal dihadapi pelajar itu.

Ummu Diyana hanya kembali sedar pada hari terakhir tarikh penangguhan yang diberikan doktor.“Sehingga hari terakhir yang diberikan doktor, saya masih belum memberi tindak balas yang sepatutnya. Ibu bapa saya tidak berputus asa dengan tidak henti-henti bercakap dengan saya,

minta saya kelipkan mata, menangis atau menggenggam tangan mereka kalau saya sedar. “Entah macam mana, saya kuatkan semangat dan lawan `kunci’ yang mengikat diri saya dan akhirnya saya kembali sedar,” katanya. Ummu Diyana berkata doktor memang terkejut memandangkan

Like back from the dead, says student in 3-month coma

selama tempoh dirinya koma, pakar perubatan tidak meletakkan harapan usia dirinya akan panjang terutama selepas melakukan proses imbasan. “Apa tidaknya, ketika saya dijumpai sewaktu pengsan, kadar oksigen dalam tubuh saya hanya 20%. Doktor sendiri mengatakan kes saya sangat ajaib

kerana tiada kerosakan kekal pada otak kecuali keadaan saraf saya sedikit terjejas terutama di bahagian kaki. Suara saya juga hilang buat seketika,” katanya. Katanya, sehingga kini doktor tidak dapat mengenal pasti punca sebenar apa yang berlaku kepada saraf kakinya dan ada yang berpendapat

terdapat saraf yang gagal berhubung dengan otak. “Jadi, ia memerlukan masa untuk rangsangan saraf itu kembali normal. Mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin lebih,” katanya. Biarpun sekarang terpaksa bertongkat dan sesekali dilanda kesak!tan,

ia tidak menghalang Ummu Diyana menjalani kehidupan normal sebagai pelajar tahun pertama di UUM dalam bidang keusahawanan bersama 515 pelajar yang lain bermula pada 6 Februari lepas. Malah, beliau mengakui tidak mengalami trauma untuk kembali memandu kereta dan menjelaskan,

sudah pun kembali memandu tanpa masalah selepas disahkan sihat oleh doktor. “Pengalaman ini, nyata mengubah perspektif saya mengenai kehidupan. Ketika koma, kehidupan saya seolah-olah diimbas kembali.“Jadi, saya akan gunakan peluang ini untuk melakukan yang terbaik. Saya mahu berjaya dalam pelajaran dan mahu mengubah kehidupan,” katanya.

Bah4ya Tidur Dalam Kereta, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Disangka tidur, dua remaja ditemui telah pergi buat selamanya dalam kereta. Kisah menyayat hati apabila dua remaja berusia 19 tahun, Mohd Fitri Haimim dan Mohd Helmi Muhammad yang disangkakan tidur rupanya telah pergi buat selamanya.

Dalam kejadian jam 11.46 pagi semalam, mereka ditemui telah pergi buat selamanya di tempat duduk hadapan sebuah kereta Myvi yang diparkir di tepi jalan raya. Dua remaja ditemui telha pergi buat selamanya semasa tidur di dalam kereta. Berlaku di Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, Sabah, pihak bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu membuka pintu kenderaan.

B4haya penggunaan penghawa dingin di dalam kereta

1. Apabila buka penghawa dingin dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan beredar-edar di dalam kereta. 2. Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila anda tarik nafas. Semakin lama anda memberhentikan kereta, oksigen makin berkurang.

3. Apabila kereta bergerak, keadaannya okay. Hal ini kerana oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin dan bukan udara yang sama beredar-edar di dalam kereta anda. 4. Jika paras oksigen sudah berkurangan ke 16%, anda akan rasa sesak nafas. Sekiranya anda tidur nyenyak, tidak bangun dan tidak keluar dari kereta, anda berkemungkinan boleh rebah dan tidak sedarkan diri.

5. Paras oksigen akan semakin berkurangan kerana semasa tak sedar, anda masih bernafas dan apabila oksigen hanya tinggal 10%, ia sudah tidak dapat dihantar ke otak dan sistem tubuh tidak dapat berfungsi. Ia boleh menyebabkan pemergian seseorang.

6. Jika anda ingin berehat di dalam dalam kereta, pastikan buka tingkap sedikit supaya oksigen boleh masuk. 7. Ketika berada di dalam kesesakan jalan raya, kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta berkurangan. Itulah punca anda mengantuk. Bukalah tingkap sedikit untuk aliran udara masuk.

Jadi, lain kali kalau anda mahu berehat atau berada di dalam kesesakan jalan raya, buka sedikit tingkap untuk pengaliran oksigen. Biarpun selesa untuk berehat dengan penghawa dingin di dalam kereta, langkah berjaga-jaga perlulah diambil supaya anda sentiasa berhati-hati.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.videoviral.co/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Gadis ini tidur di hentian RNR Bukit Gantang, tak sangka sedar selepas 3 bulan. Tak sangka ini yang jadi rupanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*