“Eh Cik Ani Mencarvt” – Chef Wan Kongsi Keadaan Demensia Ibunya Buat Netizen Terhibur

Bila kita dah besar panjang, dan ibu bapa kita pun semakin menginjak usia senja dan kudrat badan pun sudah tidak kuat lagi, itulah masanya kita menabur bakti menjaga mereka pula. Itulah tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh anak-anak. Walaupun perkara itu jarang dikongsikan di media sosial, namun chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan sering berkongsi update keadaan beliau menjaga ibunya di rumah.

Dalam perkongsian terbaharu di Instagram miliknya itu, telatah lucu ibunya yang mesra disapa Cik Ani, buatkan wargamaya terkejut. Mana tidaknya dengan secara spontan Cik Ani mengeluarkan perkataan carut kepada Chef Wan. Kata Chef Wan, pagi-pagi dah kena carut. Bagaimanapun, ia bukanlah niat sebenar Cik Ani untuk mengeluarkan perkataan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Perkara ini biasa terhadap pesak1t Demensia. Ini bukan habit kebiasaannya untuk mencarut, tapi dengan Demensia otaknya bukan kira semua itu,” jelas Chef Wan tentang keadaan ibunya. 

Carutan tersebut diterima oleh Chef Wan gara-gara meminta ibunya itu mandi. Selain itu, tingkah laku ibunya juga dikatakan seperti kembali ke zaman kanak-kanak. Jadi sebab itu Chef Wan perlu pantau rutin harian ibunya seperti mandi, makan dan sebagainya. Apa-apa pun, menurut Chef Wan sebagai pesak1t Demensia, fikiran mereka sudah tidak fikir tentang rasa malu. Kalau mencarut pun, itu secara spontan dan seperti orang melatah. 

Sementara itu, rata-rata wargamaya nampaknya terhibur dengan telatah Cik Ani itu. Mungkin juga terkejut kerana tidak menyangka Cik Ani akan ‘mencarut’ anaknya sendiri. Namun, semua tetap faham kondisi ibu Chef Wan itu dan merasakan ianya lucu. Selain itu, ramai yang menyatakan telatah Cik Ani bersama Chef Wan tetap comel. Semoga Chef Wan terus dipermudahkan urusan menjaga ibu yang tersayang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.koolfm.com.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Eh Cik Ani Mencarvt” – Chef Wan Kongsi Keadaan Demensia Ibunya Buat Netizen Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*