Ibu jatuh sak1t, Achey sanggup jual motor tampung k0s rawatan

SELEPAS pemergian arwh bapa pada 19 Mac lalu, pelakon dan pelawak Achey diuji sekali lagi apabila ibunya, Ngaisah Hassan mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 20 kilogram.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, berkata selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan ibunya mengidap penyakit kencing manis selain berdepan dengan masalah dalaman.

Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, terdapat masalah antara saluran hempedu dan pankreas dan kini ibunya dirawat di KPJ Johor Specialist Hospital.

 

Achey harap semua orang mendoakan ibunya.

“Dua bulan selepas arwh abah men1nggl, dia ada mengalami angin dekat ulu hati dan sejak akhir-akhir ini berat badannya turun mendadak sehingga hampir 20 kilogram.

“Melihat keadaannya itu, saya bawa mak jumpa pakar melakukan pemeriksaan. Tiba-tiba doktor sahkan dia ada kencing manis dan ujian darah pun menunjukkan ada masalah dalaman.

“Bila scan, ada masalah antara saluran hempedu dan saluran pankreas tapi doktor tak dapat nak sahkan. Sekarang mak di KPJ Johor Bahru untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Sebab di KPJ sahaja ada pakar untuk masalah itu.

“Ini kali pertama mak naik ambulan dan saya pun teman dia sekali. Mak berusia 73 tahun dan sekiranya ada pembed4han besar, ia agak ris1k0 tinggi untuk dirinya,” kata Achey kepada mStar.

Kebetulan saya memang dekat Johor hampir tiga bulan sebab saya uruskan perniagaan.

ACHEY

PELAWAK

Sebelum ini, Achey memuat naik foto dia bersama ibunya di sebuah hospital dengan kapsyen dia sanggup menggadaikan hartanya demi merawat insan tercinta.

Arwh bapa Achey iaitu Hamzah Salam, 80, mengh3mbuskan naf4s terakhir di Hospital Segamat, Johor pada 19 Mac lalu.

Dalam pada itu, ahli kumpulan Bocey ini memberitahu dia sanggup menggadaikan harta yang ada demi memberikan rawatan yang terbaik buat ibunya yang berusia 73 tahun.

Achey yang sudah hampir tiga bulan berada di kampung halamannya Segamat, Johor berasa ralat kerana sudah menggunakan duit simpanan untuk beberapa perniagaan.

 

Achey bersyukur ada isteri yang sentiasa memberi sokongan.

“Kita sebagai anak, apa saja harta yang ada kita akan cuba cairkan untuk rawatan dia. Mungkin ini cara untuk kita berbakti untuk dia. Kebetulan saya memang dekat Johor hampir tiga bulan sebab saya uruskan perniagaan.

“Yang agak merungsingkan saya ketika ini adalah duit simpanan saya sudah laburkan sedikit untuk perniagaan. Tapi duit simpanan untuk rawatan sekarang masih ada.

“Memang rasa amat ralat la… kalau saya tahu jadi macam ini, saya akan simpan duit itu. Kalau selepas ini nampak saya post nak jual motosikal ke, get ready la. Saya akan jual untuk perbelanjaan rawatan selanjutnya.

“Kita tak tahu mungkin ujian akan datang selepas kejayaan. Nak buat macam mana, kena reda. Adik-beradik dan isteri juga banyak membantu,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Trendinggier.pw via mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ibu jatuh sak1t, Achey sanggup jual motor tampung k0s rawatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*