“Saya Sebagai Guru Kecewa Dengan Tindakan Ini” -Beri TeIefon Pintar Kualiti Rendah Untuk Elak Main Game, Ramai Mengeluh…

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa kerajaan sengaja memberikan telefon pintar berkualiti rendah kepada pelajar kerana beranggapan mereka akan menggunakannya bagi tujuan lain seperti bermain permainan video.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan seharusnya lebih mengutamakan aspek kualiti kerana pelajar akan menggunakan aplikasi yang memerlukan ruang peranti besar untuk melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Sengaja beri telefon kualiti rendah kerana bersangka buruk dengan pelajar. Nak bantu, bagilah yang ada kualiti. Pelajar boleh belajar dari Google Meet, Telegram dan YouTube. Memori telefon kena besar, nak buat panggilan video dengan guru.

“Kenapa nak susahkan pelajar?” ciapnya di Twitter beliau pada Isnin.

Perkongsian itu mendapat perhatian daripada pengguna Twitter yang turut berkongsi pandangan masing-masing.

“Adik Wani dapat phone tu, Google Meet dengan cikgu sekejap je terus bateri tinggal 15%. Kadang-kadang kasihan tengok.”Boleh je tak nak bagi main game tapi phone kualiti okey. Carilah yang spesifikasi dia bukan untuk gaming.

“Kalau pelajar main game pun apa salahnya. Waktu pandemik ni tak tiada aktiviti sukan jadi permainan video adalah platform relevan untuk hilangkan stress.

“Saya sebagai guru kecewa dengan tindakan sebegini. Bukan setakat mengganggu murid nak belajar, ia mengganggu guru memberi input berkesan kepada murid. Dah lah setiap subjek ada group masing-masing. Mereka wajar diberikan peranti terbaik.

Pada Ahad, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud memaklumkan bahawa pengedaran 20,000 telefon pintar kepada pelajar dari keluarga B40 bagi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) adalah dikhususkan untuk pembelajaran semata-mata.

Beliau berkata, tindakan tersebut dapat mengelakkan pelajar daripada penyalahgunaan peranti terbabit bagi tujuan seperti bermain permainan video.

Sebelum ini juga tular di media sosial video dimuat naik seorang YouTuber mendakwa sebuah syarikat telekomunikasi membekalkan telefon bimbit tidak berkualiti kepada pengguna di bawah subsidi Jaringan Prihatin bagi tujuan PdPR untuk golongan B40.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://gempak.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Sebagai Guru Kecewa Dengan Tindakan Ini” -Beri TeIefon Pintar Kualiti Rendah Untuk Elak Main Game, Ramai Mengeluh…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*