“Kami Rindu Anda”- Akhirnya Anita Sarawak Tampil Dengan Khabar Berita

Setelah sekian lama peminat serta pada wartawan hiburan tertanya-tanya dimanakah hilangnya penyanyi lagenda Anita Sarawak, akhirnya terdapat perkhabaran baharu mengenai empunya nama sebenar Ithnaini Mohamed Taib.

Anita Dan Suami Sihat

Memetik artikel Astro Awani, Anita dan suami, Mahathir Abdullah berada dalam keadaan sihat selepas Mahathir membalas kiriman mesej ucapan selamat hari lahir buat rakan rapatnya yang juga merupakan wartawan hiburan, Shuib Taib.

“Thank you so very much Shuib. We miss you,” tulis Mahathir buat Shuib

Lokasi Masih Tidak Diketahui

Meskipun hanya sekadar mesej pendek, namun ia begitu bermakna buat Shuib sebelum berkongsi khabar terbaharu mengenai pelantun Tragedi Buah Epal itu pada portal berita tersebut. Shuib berkata kedua-dua nya kini mahu menikmati kehidupan yang normal namun tidak memaklumkan mengenai lokasi sebenar pasangan itu menetap.

“Abang Mahathir dan Kak Nita sihat seadanya, mereka mahu menikmati hidup yang normal,” kata Shuib yang pernah berkhidmat dengan akhbar New Straits Times.

Sekadar info,sedekad yang lalu kehilangan ‘superstar’ ini mencetvskan pelbagai spekvlasi termasuklah dikatakan sudah bercer4i dengan suami keempat nya itu, Mohammad Mahathir selain Anita did4kwa meng4lami s4kit yang serius. Dakwaan tersebut muncul selepas panggilan telefon mahupun e-mel rakan karib tidak berbalas. Malah keluarganya juga enggan membuka mulut setiap kali ditanya mengenai Anita.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : muraimy

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kami Rindu Anda”- Akhirnya Anita Sarawak Tampil Dengan Khabar Berita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*