“PM Akan Umum Pakej Bantuan COV1D-19 Berskala Besar” – KJ

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan pakej bantuan cov1d-19 dalam skala besar.

Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, yang memberitahu perkara itu tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.

“Saya tidak mahu mendahului kerana Perdana Menteri akan mengumumkan perkara ini,” katanya memetik laporan The Star.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi cov1d-19 Kebangsaan mengulas perkara itu pada sesi libat urus seiring Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang diadakan secara maya pada Khamis.

Khairy menjawab soalan yang dikemukan bekas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang berdepan tekanan ekonomi ketika pand3mik COV1D-19.

Pada 31 Mei, Muhyiddin mengumumkan RM40 bilion pakej bantuan bagi rakyat mendepani perintah sekatan penuh.

Sebelum ini, kerajaan juga telah melancarkan beberapa pakej bantuan ekonomi dengan nilai keseluruhan RM340 bilion.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“PM Akan Umum Pakej Bantuan COV1D-19 Berskala Besar” – KJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*