Penyanyi Lagenda Datuk Jamal Abdillah Beri Respon Padu Selepas Did4kwa Golongan Bangsawan Berpesta Makan Durian Sambil Berkaraoke Masa PKP

GARA-GARA memenuhi pelawaan untuk makan durian sambil berkaraoke, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah kini disias4t polis atas dakw4an mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana menyertai satu majlis sosial.

Cerita Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, dia berada di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor, Perak pada Jumaat lalu bagi mendapatkan baja untuk bisnes kolam ikan yang diusahakannya.

“Betul itu adalah saya, jadi saya nak mohon maaf kepada semua kerana terleka.

“Sebenarnya saya ke sana kerana urusan untuk dapatkan baja untuk kolam ikan.

“Lepas itu kawan-kawan yang ada dusun durian ajak saya makan durian, saya ikut la. Orang jemput makan takkan saya nak tolak… hanya singgah sekejap je,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Perkongsian netizen di Twitter yang mempertik4ikan tindakan penyanyi itu

Terdahulu tul4r di media sosial beberapa foto jamal bersama sekumpulan individu sedang menikm4ti durian dan sambil berkaraoke hingga mencetusk4n kemar4han ramai.

Susulan itu Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan berkata, pihaknya akan mendapatkan keterangan Jamal dan beberapa individu lain dipercayai peniaga dan penduduk kampung bagi membantu siasat4n.

Berhubung suasana seperti sedang berpesta kerana dia dilihat turut menghiburkan peminat, Jamal berkata ia berlaku secara kebetulan.

“Kebetulan tempat tu ada set karaoke, sambil makan… saya menyanyi.

“Sebelum tu saya pakai pelitup muka tapi apabila nak makan dan nyanyi, saya letak tepi,” katanya.

Dalam pada penyanyi lagu Belenggu Rindu ini berkata dia sedia memberi kerjasama dan akan hadir ke Balai Polis Tapah kira-kira pukul 2 petang Ahad.

Tambah Jamal, dia juga tidak menyangka persinggahannya itu mengundang masal4h apabila secara tidak langsung menarik perhatian penduduk kampung untuk turut serta.

Datuk Jamal akan tampil memberi keterangan polis pada petang Ahad.

“Saya tak tahu dekat situ ada orang lain, jadi apabila orang lihat saya… tiba-tiba ramai datang berkumpul.

“Saya akui memang salah sebab terlepas pandang. Saya hanya memenuhi hasrat orang, tak mahu kecilkan hati orang,” katanya.

Sumber: Mstar

Kuala Lumpur: Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 62, ‘dit4han’ polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bidor, Lebuhraya Utara Selatan, semalam.

Bagaimanapun, Jamal ditahan bukan kerana melakukan kesal4han, sebaliknya kerana anggota polis yang bertugas di situ mahu bergambar dengan penyanyi popular itu.

Jamal berkata, beliau dalam perjalanan ke Bukit Merah, Taiping untuk meninjau kolam ikan kelisa yang diusahakan di sana sebelum singgah di Kampung Poh, Bidor untuk membeli makanan ikan.

“Apabila melalui SJR, petugas di situ ada yang perasan saya tapi tak sempat nak minta saya berhenti. Lagipun mereka tahu saya kena keluar jalan yang sama.

“Sebaik saya keluar, mereka tak lepaskan peluang dan terus tah4n saya. Mereka bercakap dengan nada hormat minta saya tolong keluar dari kereta,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ketika itu dia sudah boleh mengagak tujuan mereka mahu bergambar. Jamal juga tidak bimbang dikomp4un kerana ada surat kebenaran merentas negeri daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Saya ikut kehendak mereka kerana nak bagi mereka seronok. Bukan saja di luar bandar, di Kuala Lumpur pun pernah berlaku perkara sama.

“Mereka peminat saya dan saya tak kisah nak melayan. Lagipun memang satu kebiasaan buat saya apabila tempuh SJR, akan bagi salam, beri senyuman yang manis dan tanya sama ada sudah makan.

“Buat apa menyombong. Kita kena hormat pengorbanan mereka demi negara. Saya pun ada kebenaran keluar bekerja dan tiada sebarang kesalah4n,” katanya.

Menurutnya, kadang-kadang petugas SJR tidak meminta surat kerana tahu dia mahuke Bukit Merah untuk melihat kolam ikan miliknya.

“Biasanya dalam sebulan, saya berulang alik ke sana sebanyak dua kali. Ada kalanya saya beli barang di Kuala Lumpur dan kena hantar ke sana,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://sportdailynews.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Penyanyi Lagenda Datuk Jamal Abdillah Beri Respon Padu Selepas Did4kwa Golongan Bangsawan Berpesta Makan Durian Sambil Berkaraoke Masa PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*