“Ayu Tak Mahu”- Nourul Akhirnya Berjaya Menjual Cincin Perkahwinan Pertamanya Dengan Harga…

Nourul mengucapkan tahniah kepada pembida tertinggi yang Berjaya mendapatkan cincin tersebut.

“Tahniah Cik @hayani_h24 pembida tertinggi iaitu RM750. Selesai dah kes cincin ni.

“Semoga yang memerlukan barang keperluan mendapat manfaatnya. Amin,” katanya.

Selain itu, Nourul juga memberitahu anaknya, Ayu Nazirah sudah memberi keizinan untuk dia menjual cincin tersebut sebagai jawapan kepada ‘desakan’ warganet yang tidak bersetuju dia melelong aksesori perhiasan jari itu.

“Ayu tak mahu. Saya tanya dia dulu. Dia keutamaan dan dia tak suka emas. Dia izinkan saya menjual cincin itu. Sekian, khas buat semua kakak joyah yang rajin bagi pendapat,” katanya.

Terdahulu, segelintir warganet kurang bersetuju dengan tindakan penyanyi itu untuk melelong cincin perkahwinan pertamanya kerana mereka berpendapat, cincin tersebut harus diberikan kepada anak perempuannya.

Namun, terdapat juga warganet yang meminta agar peminat menghormati keputusan Nourul untuk melelong cincin tersebut atas tujuan amal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

sumber : https://gempak.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ayu Tak Mahu”- Nourul Akhirnya Berjaya Menjual Cincin Perkahwinan Pertamanya Dengan Harga…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*