lsteri Dedah Fad Bocey Suka Simpan Koleksi Gambarnya Tidur, Ramai ‘Luah Perasaan’ Sering Terima Nasib Sama

Dalam setiap rumah tangga yang dibina, pastinya akan disulam dengan banyak perkara lucu bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan itu.

Mungkin itulah apa yang dilakukan oleh Fad apabila beliau dikatakan gemar menyimpan koleksi foto isterinya iaitu Syaheera Rahman yang sedang tidur.

Perkara itu diakui sendiri oleh Syaheera pada posting terbaharunya di laman Instagram bersama caption yang mencuit hati.

“Hampa ada dak laki yang jenih suka btoi kumpul koleksi hampa tdoq. Masa ni tengah pregnant so aku tk sure letih ka apa. Tpi Fad kata hg tk pregnant pun tdoq ternganga.”

Namun apa yang lebih melucukan, Fad yang juga penyampai radio Hot FM itu turut mengakui bahawa beliau menyimpan banyak lagi foto Syaheera yang sedang tidur dan hanya menunggu masa untuk dimuat naik.

Pengikutnya di laman Instagram yang terdiri daripada para isteri turut mengakui mengalami pengalaman yang sama apabila suami mereka sering berbuat demikian.

Inilah yang dikatakan sebagai ragam suami isteri, baru lah dapat bina keluarga bahagia kan.

Tapi tak mustahil kalau lepas ni Syaheera pula yang balas dengan gambar Fad tidur kan?

Sumber foto: Instagram Syaheera Rahman

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Apa komen anda?

Be the first to comment on "lsteri Dedah Fad Bocey Suka Simpan Koleksi Gambarnya Tidur, Ramai ‘Luah Perasaan’ Sering Terima Nasib Sama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*