Ruhainies Bagi Respon Yang Bakal Buat Ramai Setuju!! -“Zul Lelaki Baik & Sopan, Saya Tak Kisah Orang Nak…”

Dilihat mesra bersama selepas bergandingan menerusi drama Wifi Sebelah Rumah, ramai peminat mendoakan agar pelakon Ruhainies dan Zul Ariffin bertemu jodoh.

Menurut Ruhainies, dia mengakui selesa berkawan dengan Zul namun hubungan mereka sekadar kawan baik sahaja. Kata Ruhainies sikap Zul yang mudah mesara membuatkan mereka jadi rapat.

“Jodoh dengan Zul? Saya tak berani nak cakap soal itu. Tetapi setakat ini saya cukup selesa berkawan baik dengan dia. Seronok kawan dengan Zul.

“Saya memang suka menyakat dia di set penggambaran. Dia pun gila-gila juga. Kerja pun jadi senang bila dua-dua serasi,” katanya.

 

Dalam pada itu, Ruhainies memuji Zul seorang lelaki yang baik serta berharap akan dapat bergandingan bersama lagi selepas ini.

“Walaupun penggambaran drama itu sudah tamat tapi hubungan kami masih baik. Lagipun kalau peminat suka gandingan kami, maksudnya berjayalah drama tersebut.

“Zul pun seorang lelaki yang baik dan sopan. Saya tak kisah pun kalau orang nak cakap atau doakan itu ini, jodoh kan rahsia Tuhan?” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ruhainies Bagi Respon Yang Bakal Buat Ramai Setuju!! -“Zul Lelaki Baik & Sopan, Saya Tak Kisah Orang Nak…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*