Zara Zya ditvduh makan duit NGO sendiri, salah guna dana – Ni respon beliau

PELAKON Zara Zya meluahkan rasa kec3wa apabila niat baiknya membantu golongan susah dipersoalkan segelintir individu yang mendakwa dia mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Malah lebih teruk, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia ditvduh menyalahgunakan dana yang dikumpul menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama lagi saya dan NGO sudah jalankan aktiviti bantuan. First projek saya sediakan PPE.

“Saya sedikit kesal dan kecewa apabila niat ikhlas saya untuk membantu ramai dipandang serong.

“Demi Allah saya tak ambil duit tu untuk tujuan peribadi, saya masih waras dan faham halal dan har4m… hanya Tuhan saja yang tahu sumbangan tu sampai atau tidak ke tangan penerima, ” ujarnya kepada mStar.

Perkongsian Zara Zya di Instagram miliknya.

Menurut pelakon berusia 36 tahun ini lagi, setiap perkongsian video di media sosial berkaitan bantuan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya, ia bagi memberitahu bantuan tersebut sudah diagihkan secara telus kepada yang layak menerimanya.

Biarlah saya yang sak1t, tapi saya tak sanggup ada orang susah berlapar dan terus bersedih

ZARA ZYA

PELAKON

“Saya dah cuba buat yang terbaik untuk hulurkan bantuan, korbankan masa dan tenaga, gunakan tulang empat kerat ni untuk turun padang sendiri sampaikan bantuan.

“Biarlah saya yang sak1t, tapi saya tak sanggup ada orang susah berlapar dan terus bersedih, ” ujarnya.

Zara menubuhkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Prihatin.

Tambahnya, penubuhan NGO Malaysia Prihatin adalah bagi mendapatkan dana dan sumbangan diagihkan dengan betul tanpa keraguan.

“Malaysia Prihatin yang saya tubuhkan ini tidak perlu diragui. Ia sah dan maklumat tentang kempen dan resit juga disediakan selepas sumbangan dibuat, ” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Zara Zya ditvduh makan duit NGO sendiri, salah guna dana – Ni respon beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*