Lana Nodin mencetuskan perdebatan apabila memuat naik video tentang vaksin.
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan perbincangan seorang guru dengan pelajar Tahun 3 mengenai bahan-bahan yang terdapat dalam vaksin.
“APA DALAM VAKSIN? adakah anda lebih pintar dari kelas 3? Saksikan ini ??? ada risiko tetapi malangnya tidak pernah terdengar risiko di Malaysia. Kita seharusnya dapat mengetahui apa itu sebelum kita melakukan sesuatu terhadap BADAN SENDIRI. Sebilangan vaksin MUNGKIN mempunyai faedah besar tetapi MASIH kita harus tahu risikonya melibatkan terutamanya baru-baru ini dihasilkan dan tidak diluluskan oleh FDA,”tulisnya di kapsyen.
View this post on Instagram
Disebabkan itu, netizen meminta agar Lana tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat palsu tentang vaksin.
Tidak berdiam diri, pelakon ini tampil membela diri dan menyatakan ianya tak salah untuk berkongsi video itu kepada orang ramai.
Lana kata setiap orang perlu peka dengan bahan dan fungsi yang ada di dalamnya.
Walaupun ada keberkesanannya, namun mereka juga perlu mengetahui apakah risiko yang bakal dihadai.
Antara komen netizen:
“Mengapa anda tidak pergi dan berdebat dengan idea bijak anda dengan pakar (kerana anda begitu pakar) daripada menulis posting kebencian. Setakat cakap, semua org boleh. Sila bercakap dengan bukti. Anda tidak mempercayai vaksin, ok. Terpulang kepada awak. Tidak ada yang memaksa anda diberi vaksin.”
Lana menjawab yang niatnya berkongsi kerana ada ramai yang masih tertinggal malumat penting tentang vaksin.
“Anda buta ke apa ? Buka mata mereka tidak mengatakan secara langsung tetapi mereka melakukannya.
“Dan siapa kata aku EXPERT ? Saya cakap benda yang betul fakta. Bukan itu maksud dalam video ini kata apa ada dalam vaksin? Bukan kelas 3 pun tau takkan fakta itu tipu? Saya hanya menunjukkan apa yang mereka tertinggal maklumat penting.Anda perlu membuka mata anda dan bangun.
Adakah saya mengatakan cov1d tidak nyata ? Apa yang saya katakan di sini dan apa yang dikatakan oleh video ini di sini? Jangan putar belit! Anda jelas tidak mendapat mesej kemudian jangan menilai apa yang saya katakan.”
View this post on Instagram
Lana juga sempat memberi nasihat dan meminta orang ramai supaya memahami mesej yang ingin disampaikan dan jangan cuba untuk memutar belitkan apa yang cuba disampaikan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Cari via dnq.pw
Be the first to comment on "Dis1ndir Macam Expert Pasal V4ksin- T4k Diam Diri, Lana Nordin L4wan Netizen!"