[VIDEO] “Mai Sini Nak Say4ng.” Adik-beradik Wrga Emas Tetap Akrab Buat Ramai Seb4k

Hubungan adik-beradik sememangnya satu hubungan yang tidak akan putus sampai bila-bila. Pastinya kasih-sayang yang ditonjolkan sangat bermakna memadangkan membesar bersama.

Namun, jika dapat sama-sama melewati usia senja sudah tentu ia sesuatu yang sangat menyentuh hati kerana keakraban berpuluh tahun masih lagi kekal walaupun masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri.

Rapatnya hubungan adik-beradik

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nurulwani99 apabila memuat naik video pertemuan nenek dan datuk saudaranya yang masih lagi akrab sehingga kini.

Dia membawa neneknya menziarahi datuk saudara untuk bertanya khabar walaupun seketika dan hanya duduk di luar rumah sahaja.

Minta nak sayang dengan kakak

Dapat didengar dengan jelas adik kepada neneknya telah datang menghampiri kereta dan mahu bersalaman serta mencivm dahi kakaknya.

Momen tersebut berjaya dirakam dan mendapat perhatian ramai kerana terharu melihat rasa hormat warga emas itu kepada kakaknya.

Jelas dengan keadaan semasa, @nurulwani99 memaklumkan bahawa video berkenaan ada video lama dan dia sempat memuat naik lagi video perjalanannya bersama nenek menuju ke kediaman anak sulung warga emas itu.

Dapat pujian ramai

Perkongsian yang dibuat pengguna TikTok berkenaan telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan hanya selepas satu hari  dimuat naik.

Rata-rata berasa seb4k dan gembira melihat dua beradik warga emas ini dan sangat bersyukur kerana anak dan cucu masih lagi sudi menyambung silaturahim sesama mereka.

Seb4k tengok hubungan adik-beradik

Semoga diberi kesihatan yang baik

 

Sumber: TikTok @nurulwani99

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.klmetro.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Mai Sini Nak Say4ng.” Adik-beradik Wrga Emas Tetap Akrab Buat Ramai Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*